Apa Anda Perlu Tahu Tentang Maksud Takaful & Konsepnya (2024)

Apa Itu Takaful?

Sebelum anda ambil tahu tentang bahagian lain, anda perlu tahu terlebih dahulu maksud takaful. Takaful adalah satu skim perlindungan bersama yang berasaskan prinsip ta’awun.

Ia menawarkan perkongsian risiko bersama jika salah seorang ahli ditimpa musibah seperti kemalangan atau kecederaan. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menjamin memberi bantuan bersama.


Maksud Takaful Dalam Islam

Takaful berasal daripada perkataan Arab ‘kafalah’ yang bermaksud jaminan bersama. 


Maksud Hibah Takaful

Hibah bermaksud memindahkan hak milik sesuatu kepada seorang penerima (Mawhub Lahu) daripada penderma (Wahib) tanpa sebarang syarat.


Maksud Takaful Keluarga


Maksud takaful keluarga adalah pelan yang memberikan perlindungan sekaligus membuat simpanan dalam jangka masa panjang. 

Pampasan dalam bentuk kewangan akan diberikan kepada anda atau waris sekiranya anda ditimpa kemalangan. Pada masa sama, anda juga dapat menikmati simpanan persendirian kerana sebahagian daripada wang yang anda carum akan didepositkan ke dalam akaun untuk tujuan simpanan.


Kelebihan Takaful Berbanding Insurans

Ada empat sebab kenapa anda kena ambil takaful dan kelebihannya berbanding insurans konvensional. Di bawah ini kami sertakan kelebihan takaful:


Patuh syariah

Takaful adalah perlindungan yang patuh syariah dan bebas daripada unsur judi, gharar dan riba. Sebagai umat Islam, kita wajib mencari yang halal. Insurans konvensional pula telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK)


Tiada unsur gharar

Takaful menggunakan akad derma yang tidak terikat dengan hukum jual beli, tidak seperti insurans konvensional.

Apabila kita menggunakan akad jual beli, apa yang kita beli atau jual itu mestilah pasti dari segi rupa, nilai dan tempoh. Namun, musibah yang berlaku tidak dapat kita ketahui bila dan bagaimana. 

Disebabkan akad yang digunakan ini lah yang membezakan hukum antara insurans konvensional dan takaful.


Tidak melibatkan riba

Takaful melabur di medium pelaburan yang patuh syariah. Tambahan lagi, terdapat Majlis Penasihat Syariah yang memastikan pelaburan yang dibuat adalah patuh syariah dan bebas daripada riba.


Mengikut fatwa terkini

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telah menyatakan dengan jelas bahawa insurans konvensional adalah haram keran terdapat unsur yang tidak patuh syariah.

Sebaliknya, MJFK menyarankan agar umat Islam mengambil pelan perlindungan takaful sebagai alternatif untuk menggantikan insurans konvensional.


Baca Juga: Segalanya Tentang Takaful Insurans Kereta di Malaysia -Edisi 2024


13 Perbezaan Takaful dan Insurans di Malaysia


1. Akta

Takaful tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFDA) 2013 manakala insurans konvensional pula tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013.


2. Sistem

Takaful menggunakan konsep perkongsian risiko iaitu semua peserta bertanggungjawab untuk menanggung risiko bersama. Manakala, bagi insurans pula pemegang polisi memindahkan risiko kepada syarikat insurans.


3. Cara Menjual

Takaful menggunakan akad derma yang menggunakan duit tabung sekiranya terjadi musibah kepada peserta takaful.

Sementara insurans pula menggunakan akad jual beli dan syarikat insurans memberi jaminan untuk membayar pampasan sekiranya berlaku musibah kepada pelanggan.


4. Hukum Pelaburan

Insurans konvensional telah difatwa haram oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK). Takaful pula adalah perlindungan yang patuh syariah.


5. Pengawasan Syariah

Takaful tertakluk kepada undang-undang syariah dan kerajaan manakala insurans tidak tertakluk kepada undang-undang syariah sebaliknya hanya berlandaskan undang-undang kerajaan sahaja.


6. Konsep Dividen

Untuk takaful, keuntungan atau lebihan akan dikongsikan antara ahli dan pengendali dana takaful. Manakala insurans pula, dividen dikembalikan kepada pemegang saham syarikat insurans.


7. Ketidakpastian (Gharar)

Kontrak takaful harus bebas dari sebarang unsur ketidakpastian dan keraguan dan mestilah jelas. Kontrak ini yang membezakan takaful dan insurans.


8. Unsur Judi

Terdapat unsur judi dalam insurans apabila peserta dan syarikat insurans bertaruh samada musibah seperti kemalangan dan kemusnahan harta akan berlaku atau tidak.


9. Riba

Melalui insurans konvensional, syarikat insurans mendapat keuntungan daripada premium insurans yang dibayar oleh peserta. Samada ada tuntutan atau tidak, syarikat insurans tetap mendapat keuntungan dan ini adalah riba.


10. Pengendali

Takaful dikendalikan oleh wakalah iaitu wakil kepada produk yang diambil oleh peserta takaful, sementara insurans dikendalikan oleh syarikat insurans.


11. Jawatankuasa Syariah

Takaful mempunyai jawatankuasa syariah yang memantau pematuhan syarikat takaful dalam aspek syariah seperti pengendalian dan aktiviti syarikat tersebut.


Jadi, untuk anda yang suka jalan-jalan ke luar negara, harap artikel ini memberi sedikit pencerahan mengenai insurans yang patuh syariah. Ingat, keselamatan itu penting, tidak kira dekat mana pun kita berada. 

Dengan adanya pilihan insurans yang menepati prinsip syariah di Malaysia, anda boleh travel dengan tanpa perlu risau lagi. Jangan lupa, sebelum fly, make sure insurans dah settle. Selamat bercuti dan semoga anda selamat pergi dan pulang! 


Beli takaful online di sini

Pilih pelan perlindungan takaful mengikut keperluan dan bajet anda dengan empat syarikat takaful yang dipercayai.

Dapatkan pelan perlindungan anda dengan ejen yang sah dah berdaftar di sini: 

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan