Segalanya Tentang Takaful Insurans Kereta di Malaysia -Edisi 2024

Malang tidak berbau. Maka, dalam kesibukan hidup mengumpul aset peribadi, penting juga untuk kita melindungi aset dan harta benda terutamanya kereta dengan takaful insurans kereta

Musibah datang tanpa dijangka. Maka sangat penting untuk anda melindungi kereta anda dengan pelan perlindungan seperti takaful insurans kereta.

Menurut pakar pengangkutan, Prof Dr. Kulanthayan KC Mani dari Universiti Putra Malaysia, jumlah kende­raan di Malaysia sudah melebihi jumlah penduduk negara ini berdasarkan data diperoleh pada 2021.

Kosmo, 2023.

Dalam artikel ini, kami kongsikan segala yang anda perlu tahu tentang takaful insurans kenderaan bagi memudahkan anda memahami dan membuat pertimbangan untuk memilih pelan perlindungan terbaik untuk kenderaan anda.


Apa Itu Takaful?

Definisi Takaful 

Takaful adalah satu sistem berkumpulan yang memerlukan setiap ahli kumpulan menyumbang dan melindungi antara satu sama lain.


Hukum Takaful Insurans Kereta

Patuh syariah. Bebas dari gharar (ketidakpastian), riba dan maisir (judi)


Apa Itu Insurans?

Definisi Insurans

Kontrak perjanjian antara satu pihak dengan pihak yang lain untuk melindungi si pencarum daripada menghadapi kerugian


Hukum Insurans Kereta 

Tidak patuh syariah. Ada unsur gharar (ketidakpastian), riba dan maisir (judi)


Sejarah Takaful Kenderaan di Malaysia 

1. Prudential

Diasaskan di London pada tahun 1848, Prudential pada awalnya adalah syarikat insurans dan pemberi hutang kepada golongan pertengahan. Prudential pernah juga terlibat dalam tuntutan kes Perang Dunia Pertama, Kedua dan juga waris Titanic.

Pada tahun 1924, Prudential telah mula masuk ke Malaysia yang berkemungkinan kerana penjajahan British yang menyebabkan pedagang Inggeris memerlukan perlindungan untuk diri sendiri dan bisnes mereka di Tanah Melayu.


2. AIA

Diasaskan pada tahun 1919 oleh Vander Star di Shanghai. AIA telah melancarkan IPO mereka sendiri selepas berpisah dengan AIG yang menjadikan mereka sebagai IPO syarikat terbesar di dunia dengan keuntungan sebanyak USD20.51 Billion.

Mula masuk ke Malaysia pada tahun 1948, AIA kemudian bergabung dengan Public Bank Berhad pada tahun 2011. AIA melaburkan dana mereka ke syarikat-syarikat besar seperti TNB, Sime Darby dan Axiata.


3. Great Eastern

Diasaskan oleh Alfred Hewton Fair pada tahun 1908, Great Estern telah masuk ke Malaysia pada tahun yang sama. Great Eastern Takaful dilancarkan pada tahun 2010 hasil kolaborasi dengan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad.


3 Fungsi Takaful Kereta 

1. Perlindungan dari kerosakan dan kerugian

Lindungi kenderaan anda daripada sebarang kerosakan dan kerugian akibat kebakaran, kecurian mahupun kemalangan.


2. Perlindungan kemalangan jalanraya

Lindungi diri anda dan penumpang daripada kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan ataupun kematian.


3. Perlindungan yang Islamik kepada pemilik kenderaan

Perlindungan yang patuh syariah bebas daripada unsur riba, judi dan gharar dengan pelan perlindungan takaful.


Jenis Takaful Kereta di Malaysia

Sebagai pemilik kenderaan di Malaysia, anda perlu tahu jenis-jenis takaful dan pelan perlindungan takaful yang anda ambil. Berikut kami kongsikan tiga jenis takaful kereta di Malaysia.


1. Polisi Komprehensif

Perlindungan menyeluruh kepada pemilik kereta

Diwajibkan untuk kereta baharu dan kereta yang berusia sehingga 10 tahun

Merangkumi perlindungan untuk kerugian dan kerosakan harta benda serta kecederaan atau kematian sendiri dan orang ketiga

Contoh situasi: jika terjadi kemalangan melibatkan pihak ketiga, takaful jenis ini juga akan bayar kepada pihak terbabit


2. Kebakaran, Kecurian, Pihak Ketiga

Sesuai untuk kenderaan 10 tahun keatas atau kenderaan yang jarang digunakan

Takaful jenis ini melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga dari segi kerugian, kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian disebabkan kenderaan anda.


3. Pihak Ketiga 

Polisi paling asas dan hanya melindungi pihak ketiga sahaja

Sebarang kerosakan, kecederaan atau kemalangan yang anda alami akan ditanggung oleh pihak anda sendiri.


Baca Juga: 5 Cara Claim Insurans Kereta, Cermin & Kemalangan Dengan Orang Lain


Kenapa Perlu Ambil Takaful Insurans Kereta?

1. Patuh Syariah

Takaful bebas daripada unsur gharar, riba dan maisir. Anda tidak perlu bimbang dengan wang pampasan yang anda terima kerana takaful adalah pelan perlindungan yang patuh syariah.


2. Tiada Unsur Gharar

Takaful kereta bebas daripada unsur gharar kerana akad yang digunakan adalah akad menderma dan bukan jual beli. 


3. Tidak Melibatkan Riba’

Apabila anda mengambil takaful, wang anda akan dilaburkan di tempat yang patut syariah tanpa melibatkan riba bagi menambahkan nilai di dalam tabung anda.


Syarikat Takaful Insurans Kereta di Malaysia

1. Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas menyediakan perlindungan komprehensif dan merupakan salah satu antara syarikat takaful terbaik di Malaysia. Kesemua pemandu yang berlesen yang memandu kenderaan anda dilindungi dengan pelan perlindungan bawah syarikat ini tanpa anda perlu berikan nama penuh mereka.


2. Takaful Malaysia 

Di Takaful Malaysia, anda dan orang tersayang dilindungi sehingga RM15,000 sekiranya terlibat dengan kemalangan peribadi. Anda juga boleh menikmati jaminan baikpulih sehingga 6 bulan dengan bengkel panel syarikat ini.


3. Etiqa

Etiqa merupakan syarikat insurans terbaik di Malaysia yang menawarkan perlindungan komprehensif dan melindungi kesemua pemandu kenderaan anda.


Cara Beli Takaful Insurans Kereta di Malaysia

Beli takaful insurans anda dalam masa 3 minit sahaja di sini.

Buat perbezaan takaful mengikut bajet anda dengan mudah hanya di atas talian.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan