5 Cara Claim Insuran Kereta, Cermin & Kemalangan Dengan Orang Lain

Bila Anda Boleh Claim Insuran Kereta?

Bila anda ambil insurans kereta, anda mesti nak tahu bila boleh claim dan bagaimana cara claim insuran kereta, bukan? Dalam artikel ini, kami kongsikan situasi yang membolehkan anda claim insurans kereta dan cara claim insurans anda.


1. Kemalangan

Situasi pertama adalah bila anda terlibat dalam kemalangan. Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 48-72 jam selepas berlakunya kemalangan.

Sebelum membuat tuntutan, anda wajib lakukan langkah ini terlebih dahulu:

  1. Membuat laporan polis dalam tempoh 48 jam selepas kemalangan terjadi
  2. Sediakan dokumen yang lengkap termasuk: salinan asal laporan polis, salinan kad pengenalan dan lesen memandu serta polisi insurans anda


2. Kerosakan & Kebakaran

Situasi kedua adalah apabila kenderaan anda rosak atau terbakar akibat kecuaian mahupun perbuatan khianat.

Tetapi sebelum claim insurans kereta, pastikan polisi insurans yang anda ambil adalah pelan komprehensif dan memiliki polisi pihak ketiga, kebakaran atau kecurian.


BACA SINI: Cara Renew Insurans Kereta Secara Online (Siap 24 Jam)


Cara Claim Insuran Kereta

Ada 5 langkah yang anda perlu ambil untuk claim insurans. Di bawah ini kami sertakan langkah-langkah yang perlu anda ambil bagi memudahkan proses claim insurans.


Hubungi Syarikat Insurans

Apabila berlakunya situasi-situasi yang disebutkan diatas, anda mempunyai masa sehingga 7 hari dari tarikh kejadian untuk memaklumkan kepada syarikat anda mengenai kejadian tersebut.


Simpan Bukti Kemalangan

Anda perlu simpan dan catat bukti kemalangan bagi memudahkan proses claim insurans dan laporan polis dibuat. Berikut adalah maklumat dan bukti penting yang anda harus catat: 

  1. Lokasi dan masa kemalangan
  2. Nombor lesen memandu (orang yang dilanggar / melanggar)
  3. Nombor telefon dan alamat
  4. Model dan nombor pendaftaran kenderaan
  5. Syarikat insurans yang didaftarkan

Kesemua maklumat ini adalah penting dan anda berhak di sisi undang-undang untuk mengambil maklumat ini daripada orang yang melanggar anda berdasarkan seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Buat Laporan Polis Dalam 24 Jam

Laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam kemalangan bagi mengelakkan anda dikenakan denda jika lambat atau gagal berbuat demikian.

Jika kereta anda tidak mengalami kerosakan yang teruk dan masih selamat dinaiki, anda boleh memandu sendiri ke balai polis untuk membuat laporan. 

Tetapi sekiranya kereta anda mengalami kerosakan yang teruk, anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga kenderaan tunda tiba.

Kebiasaannya, salinan laporan polis akan diberikan serta-merta atau dalam masa 3 hari bekerja. Keputusan kes pula akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas kemalangan.


Hantar Kereta ke Bengkel Panel Terdekat

Hantar kenderaan anda ke pusat servis yang dipercayai supaya anda tidak ditipu dan kenderaan anda dibaiki dengan sempurna.

Anda boleh mendapatkan senarai bengkel panel yang terdekat daripada syarikat insurans anda.


Buat Tuntutan Claim Insuran Kereta

Tahu tak, ada beberapa tuntutan claim yang ada boleh kemukakan pada syarikat insurans anda dan bukan terhad apabila berlakunya kemalangan sahaja?


Cara Claim Insurans Cermin Kereta

Sekiranya cermin kereta anda retak, pecah atau rosak, anda boleh claim insurans dengan cara ini:

  • Hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf syarikat insurans anda
  • Maklumkan kepada pekerja di bengkel yang anda ingin membuat tuntutan insurans anda
  • Isi borang tuntutan
  • Bawa pulang kenderaan anda setelah dibaikpulih tanpa perlu mengeluarkan duit anda sendiri

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan:

  1. Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan
  2. Salinan lesen pemilik kenderaan
  3. Salinan geran kereta
  4. Salinan nota perlindungan insurans kereta

Pastikan insurans yang anda ambil adalah pelan komprehensif yang merangkumi insurans cermin kereta untuk mengelakkan anda terpaksa membayar lebih untuk perbaharui insurans anda pada masa akan datang.

Anda boleh claim insurans cermin kereta anda mengikut had maksima caruman anda. Sekiranya anda mengambil pelan perlindungan dengan jumlah RM2,000, anda boleh claim beberapa kali sehingga had tersebut habis digunakan.


Cara Claim Insurans Kemalangan Motorsikal Dengan Kereta

Jika kemalangan berpunca daripada anda, anda perlu membuat tuntutan Kerosakan Sendiri

Tetapi, seandainya kemalangan bukan berpunca daripada anda, maka anda perlu membuat tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-For-Knock. 

Melalui kaedah kedua ini, anda menuntut bayaran insurans daripada syarikat insurans anda yang kemudiannya syarikat insurans anda akan claim semula dengan syarikat insurans pihak ketiga.


Cara Claim Insurans Kereta Orang Lain

Sekiranya kemalangan yang terjadi bukan berpunca daripada pihak anda, anda boleh membuat tuntutan insurans pihak ketiga. Berikut adalah proses yang perlu dilakukan:

  1. Hantar kereta anda ke bengkel panel
  2. Kos kerosakan kereta anda akan dinilai oleh adjuster yang dilantik oleh syarikat insurans
  3. Sediakan dokumen berikut untuk tuntutan:
  • Salinan asal : Laporan polis, kad pengenalan, lesen memandu dan sijil pemilikan kenderaan
  • Laporan adjuster
  • Bil kos baikpulih kereta daripada bengkel
  • Dokumen polis selepas keputusan kes yang menunjukkan pihak yang dikompaun


Kesimpulannya, anda wajib ambil tahu cara claim insurans kereta walaupun kejadian-kejadian yang tidak diingini belum berlaku kepada anda. Diharapkan anda jelas dan faham mengenai cara claim insurans kereta melalui artikel ini.


Beli Takaful Kereta Terbaik Di Sini

Lindungi diri dan orang tersayang dengan perlindungan patuh syariah. Buat perbandingan dengan mudah secara online mengikut bajet dan faedah yang diingini.

Dengan pengalaman lebih 3 tahun, KIMB telah melindungi lebih 3214 pelanggan.

Klik link di bawah untuk dapatkan quotation.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan