Fakta Terkini Insurans Kelompok (Tuntutan + Harga + Premium)

Pekerja adalah aset kepada sesebuah syarikat. Selain gaji bulanan, pekerja anda juga perlu mendapat kelebihan lain seperti perlindungan diri dengan insurans dan takaful. 

Selain daripada pekerja mengambil inisiatif untuk mengambil insurans atau takaful sendiri bagi melindungi dir, keluarga dan harta benda mereka, syarikat juga boleh melakukan hal yang sama bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa fakta penting dan terkini insurans kelompok termasuk jenis tuntutan, kelebihan dan premium.


Apa Itu Insurans Kelompok

Insurans berkelompok adalah pelan perlindungan bersama samada dalam perniagaan, organisasi sosial mahupun pelajar IPT. Pelan insurans berkelompok ini kebiasaannya diambil oleh majikan untuk melindungi pekerja daripada musibah seperti kemalangan dan penyakit.


Kelebihan Insurans Kelompok

Pekerja adalah tulang belakang kepada perniagaan anda. Melindungi pekerja ibarat anda melindungi perniagaan anda. Berikut kami kongsikan kelebihan pelan perlindungan jenis ini:


Perlindungan Kemalangan Diri

Menyediakan pampasan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan, hilang upaya atau kematian.


Perlindungan Kos Rawatan Perubatan

Nikmati manfaat perlindungan keatas pekerja untuk kos rawatan perubatan yang merangkumi kemasukan ke hospital, pembedahan, rehabilitasi dan elaun ehsan.


Perlindungan Bencana Alam

Ada beberapa syarikat takaful yang menawarkan perlindungan bencana alam bagi pekerja yang ke luar negara atas urusan kerja.


Baca Juga: Panduan Lengkap Sistem Insurans Pekerja (SIP) di Malaysia (2024)


Jenis Tuntutan Insurans Kelompok

Terdapat beberapa jenis tuntutan yang perlu anda ambil tahu sebelum memilih pelan perlindungan untuk pekerja anda.

  1. Takaful Keluarga Berkelompok yang merangkumi pelan perlindungan untuk kematian, hilang upaya dan penyakit terminal
  2. Hospital & Pembedahan Berkelompok untuk kos perubatan seperti kemasukan ke hospital dan perlindungan komprehensif penghospitalan dan pembedahan
  3. Pesakit Luar Berkelompok untuk rawatan perubatan di klinik atau pusat pakar perubatan


Harga Insurans Kelompok

Harga insurans kelompok adalah berbeza mengikut syarikat takaful dan perlindungan yang ditawarkan. Di bawah ini kami kongsikan secara am harga bagi insurans jenis ini di Malaysia.

Dengan pelan serendah RM15 sebulan untuk satu pekerja, anda dapat memberikan perlindungan sehingga RM30,000 untuk manfaat seperti penyakit kritikal, kematian dan hilang upaya.

AIA Public Takaful pula menawarkan pelan serendah RM80 sehingga RM500 untuk pelbagai jenis manfaat perubatan.

Bagi Great Eastern Takaful, pelan perlindungan yang ditawarkan mempunyai pilihan untuk perlindungan kepada pekerja, pasangan, anak dan keluarga. Harga insurans yang ditawarkan adalah serendah RM502 untuk seorang pekerja.

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai harga insurans daripada 4 syarikat yang dipercayai di Malaysia, anda boleh terus ke sini: Harga Insurans Kelompok


Kadar Premium Tahunan Insurans Kelompok

Kadar premium adalah bayaran yang anda berikan kepada syarikat insurans untuk polisi insurans yang anda telah pilih. Untuk mendapatkan kadar premium tahunan yang tepat untuk pekerja anda, anda boleh hubungi ejen yang berdaftar di sini: Kadar Premium Tahunan 


Beli Takaful Kenderaan Di Sini

Beli takaful kenderaan anda tanpa perlu beratur panjang lagi di KIMB.

 Bandingkan tiga syarikat takaful yang menawarkan perlindungan yang patuh syariah dan dipercayai ramai mengikut keperluan dan bajet anda.

Dapatkan takaful kenderaan anda hanya dengan ejen yang berdaftar.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan