Panduan Lengkap Sistem Insurans Pekerja (SIP) di Malaysia (2024)

Jika anda sedang bekerja atau telah masuk ke dunia pekerjaan, pasti anda pernah dengar tentang Sistem Insurans Pekerja (SIP), bukan? Sekiranya anda tidak pernah dengar dan tidak pernah tahu pun mengenai skim insurans pekerja ini, jangan bimbang. 

Artikel ini akan menerangkan panduan lengkap mengenai Sistem Insurans Pekerja (SIP). Penting untuk anda sebagai pekerja untuk ambil tahu mengenai SIP. Jom ketahui mengenai SIP dari A hingga Z dalam artikel ini.


Apa itu sistem insurans pekerja (sip)?

Jika anda perhatikan pada slip gaji anda, anda mungkin akan perasan pada slip gaji anda ada tertulis EIS. Employee Insurance System (EIS) atau Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bertujuan untuk membantu pekerja yang kehilangan kerja dan beberapa manfaat yang lain.


Baca Juga: Fakta Terkini Insurans Kelompok (Tuntutan + Harga + Premium)


Kadar caruman sistem insurans pekerja (sip)


Sebanyak 0.2% untuk majikan dan 0.2 untuk pekerja akan dicarum setiap bulan. Caruman ini adalah berdasarkan gaji bulanan pekerja. PERKESO juga ada mengeluarkan jadual caruman SIP untuk rujukan.


Kelebihan sistem insurans pekerja (sip)

Elaun mencari pekerjaan

Elaun ini akan dibayar sekiranya pekerja kehilangan satu-satunya pekerjaan yang ada. Bayaran minimum adalah tiga bulan dan maksimum sehingga enam bulan.


Elaun pendapatan berkurangan

Kadar bayarannya sama seperti Elaun Mencari Pekerjaan dan dibayar sekaligus. Elaun ini diberikan kepada pekerja yang kehilangan salah satu pekerjaannya.


Elaun bekerja semula awal

Sekiranya pencarum mendapat pekerjaan lebih awal, elaun ini akan diberikan kepada pencarum. 


Yuran latihan

Pekerja yang terpilih akan mengikuti latihan yang disarankan PERKESO dengan yuran maksimum RM4,000 selama tidak lebih daripada enam bulan.


Elaun latihan

Pekerja diberikan elaun latihan sehingga enam bulan dengan kadar RM10 hingga RM20 setiap hari bagi menggalakkan pekerja mengikuti latihan yang disediakan.


Syarat dan kelayakan memohon sistem insurans pekerja (sip)


Macam mana nak tahu samada anda layak atau tidak untuk memohon SIP ini? Di bawah ini kami kongsikan syarat dan kelayakan yang mesti anda patuhi untuk melayakkan anda menjadi pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja dalam sektor swasta
  • Menepati syarat kelayakan caruman yang ditetapkan oleh SIP
  • Hilang pekerjaan di bawah definisi Kehilangan Pekerjaan oleh SIP
  • Permohonan dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penamatan pekerjaan


Cara claim sistem insurans pekerja (sip)

Dah check syarat dan kelayakan untuk anda pohon Skim Insurans Pekerja (SIP)?Sekiranya anda memenuhi kesemua kriteria di atas anda layak untuk memohon SIP. Ini cara untuk anda claim SIP:

  1. Layari laman web PERKESO;
  2. Kemudian anda perlu daftarkan diri sebagai pencari pekerjaan
  3. Isi borang tuntutan dan kemukakan lampiran yang diperlukan
  4. Permohonan lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am serta syarat kelayakan pencarum bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan
  5. Pindahan wang akan dibuat secara terus ke akaun pemohon setelah permohonan lulus
  6. Anda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa tujuh hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO
  7. Selain itu, anda mesti melaporkan status anda setiap bulan kepada PERKESO.

Semoga anda lebih faham dan jelas tentang Sistem Insurans Pekerja (SIP) selepas membaca artikel di atas. SIP ini sangat berguna terutamanya ketika kita berada dalam situasi yang tidak diingini. Semoga panduan ini bermanfaat dan memudahkan anda ketika dalam kesusahan.


Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan