Urusetia pendaftaran bertugas untuk menyambut kedatangan perwakilan dan memastikan kehadiran perwakilan direkodkan
Daftar Kehadiran Perwakilan
Setiap perwakilan akan diberikan tanda nama oleh AJK Pendaftaran.
Pengerusi Majlis Bertugas
Gandingan hebat dua orang staf KIMB iaitu Cik Nur Najwa Binti Razali dan Cik Siti Nurain Nazihah Binti Othman sebagai pengerusi majlis pada hari mesyuarat.
Bacaan Doa dan Al Quran
Bacaan potongan ayat Al-Quran dan doa pembuka majlis telah disampaikan oleh Ustaz Umar Al-Mukhtar Bin Ismail.
Ucapan Aluan Dr Ahmad Zainuddin
Dr Ahmad Zainuddin Bin Abdullah telah dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Ucapan Wakil SKM
Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu Cik Anis Syahira Binti Azhar selaku Penolong Pengarah Nasional F Cawangan Wilayah Persekutuan telah merasmi serta memberi ucapan aluan sebelum mesyuarat bermula.
Penyerahan Cenderahati kepada Wakil SKM
Pihak KIMB telah menjemput Dr Ahmad Zainuddin Bin Abdullah untuk memberikan cenderahati kepada Cik Anis Syahira Binti Azhar.
Ucapan Wakil IKRAM
Encik Jusni Bin Yusoff telah dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai wakil pertubuhan IKRAM.
Penyerahan Mock Cheque kepada Pertubuhan IKRAM
Majlis penyerahan "mock cheque" kepada Tuan Haji Ismail Yusoff Bin Awang selaku Bendahari Pertubuhan IKRAM Malaysia telah disempurnakan oleh Dr Ahmad Zainuddin Bin Abdullah diiringi Haji Rubani Bin Dikon.
Slot Pengurus Besar
Encik Muhammad Asyraf Bin Ishak selaku Pengurus Besar KIMB telah menyampaikan ucapan alu-aluan pada hari kejadian.
Pengerusi Mesyuarat Bertugas
Encik Wan Md Suhaimi bin Wan Sulaiman telah dilantik sebagai pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-29.
Persidangan MAPT Berlangsung
Suasana di dalam dewan utama ketika mesyuarat agung berlangsung.
Pembentangan Laporan Tahunan Lembaga 2022
Tuan Haji Tuan Yaacob Bin Tuan Sof telah membentangkan Laporan Tahunan Lembaga 2022.
Sesi Soal Jawab
Perwakilan mengajukan soalan berkenaan isu-isu berbangkit semasa Mesyuarat Agung berlangsung.
Sesi Soal Jawab
Perwakilan mengajukan soalan berkenaan isu-isu berbangkit semasa Mesyuarat Agung berlangsung.
Cenderahati untuk Pengerusi Mesyuarat
Penyerahan cenderahati kepada Encik Wan Md Suhaimi bin Wan Sulaiman yang telah bertugas sebagai pengerusi mesyuarat.
Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan
Tahniah kepada staf KIMB iaitu Puan Syarifah Noraini Syed Ahmad yang telah menerima sijil & plaque bagi Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan.
Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan
Tahniah kepada staf KIMB iaitu Cik Nor Dina Haji Abdullah yang telah menerima sijil & plaque bagi Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan.
Barisan ALK 2022/2023
Barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang telah dilantik bagi sesi 2022/2023.
Barisan Perwakilan & ALK
Barisan perwakilan dan juga Ahli Lembaga Koperasi yang telah menyertai Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke 29.