Pembiayaan

Margin
Pembiayaan

Berdasarkan had kelayakan dan tertakluk kepada amaun minimum sebanyak RM 1,000 dan amaun maksimum sebanyak RM 250,000.

Tempoh
Pembayaran

  • Amaun RM 1,000 – RM 5,000: Maksimum 24 bulan (2 tahun)
  • Amaun RM 5,001 – RM 250,000: Maksimum 60 bulan (5 tahun)

Kadar
Keuntungan

Kadar keuntungan bagi pembiayaan ini adalah sebanyak 8% setahun (kadar rata) dan ianya tetap di sepanjang tempoh pembiayaan.

Syarat
Kelayakan

  • Telah diluluskan menjadi anggota dan telah menjelaskan yuran pertama minimum sebanyak RM30.
  • Memiliki modal syer minimum sebanyak RM500.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
  • Telah disahkan ke dalam jawatan dan telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  • Pendapatan minimum RM1,000 sebulan.
  • Menyediakan seorang penjamin bagi pembiayaan yang melebihi RM25,000.00.

Dokumen
Diperlukan

  • Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap.
  • Borang kebenaran penzahiran maklumat pemohon/penjamin.
  • Satu salinan kad pengenalan.
  • Satu salinan penyata gaji  untuk 3 bulan terkini.
  • Satu salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini.
  • Surat persetujuan daripada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut format yang disediakan oleh KIMB.
  • Dokumen-dokumen sokongan lain (sekiranya diperlukan).

Kaedah
Pembayaran

  • Potongan gaji.
  • Arahan tetap daripada bank lain.

Manfaat &
kelebihan

  • Tanpa caj terselindung
  • Harga jualan – tetap dan diketahui.
  • Kadar pembiayaan yang kompetitif.
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Borang
Pembiayaan

Sila isi kesemua ruangan dengan lengkap dan tepat.

Berminat Mendapatkan Pembiayaan Perniagaan?
Sila maklumkan pertanyaan anda di [email protected]