Cara Beli Takaful Roadtax Online Siap 24 Jam (Beserta Contoh)

JIka anda mencari pelan perlindungan yang patuh syariah untuk roadtax anda, maka anda boleh memilih takaful roadtax. Takaful dan insurans adalah sama cuma yang membezakannya adalah takaful patuh syariah manakala insurans pula tidak patuh syariah.

Pada masa kini, telah banyak platform online yang memudahkan urusan anda untuk membeli takaful dengan cepat dan efisien. Dalam artikel ini, kami kongsikan cara beli takaful roadtax online siap dalam masa 24 jam sahaja!


Apa Itu Takaful?

Takaful berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud jaminan bersama. Peserta-peserta takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam satu tabung yang sama yang dipanggil Tabarru’

Dana daripada tabung ini akan digunakan sebagai pampasan apabila salah seorang peserta mengalami musibah seperti kematian, kemalangan dan kerosakan harta benda.

Takaful berbeza dengan insurans konvensional kerana ia adalah perlindungan yang patuh syariah dan bebas daripada unsur-unsur riba, judi dan ketidakpastian.


BACA SINI: Segalanya Tentang Takaful Insurans Kereta di Malaysia -Edisi 2023


Kepentingan Takaful Roadtax

Dalam konteks keselamatan dan kebajikan pengguna jalan raya, roadtax memainkan peranan yang sangat penting. Keperluan untuk memiliki roadtax adalah suatu tanggungjawab yang diwajibkan oleh undang-undang trafik di Malaysia.

Di bawah ini kami senaraikan sebab kenapa anda perlu beli dan renew takaful roadtax anda:

  • Bersedia berhadapan dengan risiko kematian, kecederaan dan kerosakan kenderaan tanpa diduga akibat kemalangan
  • Melindungi kenderaan anda daripada kecurian, kemalangan dan kerosakan
  • Melindungi pihak ketiga akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda


Baca Juga: Segala Anda Perlu Tahu Tentang Maksud Takaful & Konsepnya (2024)


Cara Beli Takaful Roadtax Online

Nak beli takaful roadtax online sangat mudah. Berikut kami kongsikan langkah yang perlu anda lakukan:


1. Layari KIMB

Layari laman sesawang KIMB, agen sah syarikat takaful. Anda boleh klik link ini: KIMB


2. Isi Maklumat

Isi maklumat yang diperlukan seperti no kad pengenalan, nama penuh, no kenderaan, poskod dan alamat email.


3. Dapat Sebut Harga

Dapatkan sebut harga untuk roadtax kenderaan anda.


4. Pilih Polisi Takaful Roadtax

Pilih polisi mengikut keperluan dan bajet anda.


5. Buat Pembayaran Online

Periksa semua maklumat dan pelan yang anda pilih. Kemudian, buat pembayaran online. Anda akan terima salinan polisi anda dalam masa 5 minit melalui email.


Kelebihan Etiqa Takaful Roadtax

Syarikat Etiqa adalah antara syarikat yang dipercayai dan menjadi pilihan kebannyakan rakyat Malaysia ketika memilih takaful roadtax kenderaan mereka. Berikut kami senaraikan antara kelebihan Etiqa Takaful.

  • Cepat dan mudah. Hanya perlu lakukan 3 langkah mudah untuk renew roadtax online
  • Perlindungan untuk semua pemandu secara automatik tanpa tambahan premium
  • Bantuan kecemasan 24 jam di jalan raya
  • Tuntutan dibayar mengikut nilai yang dipersetujui bersama


Nak renew roadtax kini sangat mudah. Anda tak perlu untuk beratur panjang di pejabat pos semata-mata untuk renew roadtax. Semuanya kini boleh dibuat di rumah sahaja. Tetapi, pastikan anda renew roadtax dengan agen yang berdaftar untuk mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan