Harga Roadtax Lori 3 Tan di Malaysia (TERKINI)

Kepada anda yang berada dalam industri logistik dan pemilik lori, anda perlu ambil maklum mengenai harga roadtax lori anda. Terutamanya yang menggunakan lori tersebut sebagai bisnes. Untuk pengetahuan anda, harga roadtax lori 3 tan di Malaysia boleh dikatakan agak mahal juga.

Anda pasti mahu tahu bajet yang perlu diperuntukkan untuk beli dan renew roadtax lori anda. Dalam artikel ini, kami kongsikan jenis-jenis roadtax yang ada dan harga roadtax bagi kenderaan seperti lori dan lain-lain.


Jenis Roadtax di Malaysia

Setiap kenderaan di Malaysia wajib ada roadtax untuk bergerak di atas jalanraya secara sah. Dalam artikel ini, kami kongsikan jenis-jenis kenderaan yang memerlukan roadtax di Malaysia.


Roadtax Kenderaan Persendirian


Bagi setiap pemilik kenderaan persendirian di Malaysia, anda perlu ingat yang roadtax perlu diperbaharui supaya kenderaan anda boleh bergerak secara sah di atas jalan raya. Berikut kami kongsikan harga roadtax kenderaan persendirian mengikut kapasiti enjin:

Kapasiti EnjinKadar Semenanjung
1000cc dan ke bawahRM20
1001cc hingga 1200ccRM55
1201cc hingga 1400ccRM70
1401cc hingga 1600ccRM90


Roadtax Kenderaan Elektrik (EV)


Jenis roadtax bagi kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu jenis persendirian milik individu dan syarikat.

Bagi motosikal dengan kadar 7500W, kadarnya adalah tetap iaitu pada RM2. Namun, untuk motokar bawah 8000W, kadar asasnya bermula pada RM20. Semakin tinggi kuasa motor, semakin tinggi kadar asas yang dikenakan.


Roadtax Pengangkutan Awam


Untuk kenderaan pengangkutan awam seperti kereta sewa, teksi, bas kilang, bas pekerja dan bas ekspress, kadar asas yang dikenakan adalah sama iaitu pada kadar RM20.


Roadtax Kenderaan Komersial

Roadtax bagi kenderaan komersial seperti jentera bergerak dan traktor tanah adalah pada kadar asas RM45.


Baca Juga: Semakan Roadtax Online & Renew Roadtax Online (Versi 2024)


Harga Roadtax Lori 3 Tan


Untuk roadtax lori 3 tan, kadar asas yang dikenakan adalah pada RM2,016. Dan tambahan 0.0077 untuk kadar progresif bagi setiap perbezaan kg berbanding 30,000kg.


Harga Roadtax Lori 1 Tan


Lori 1 tan ke bawah, kadar asasnya adalah RM0 manakala kadar progresif adalah RM0.096 bagi setiap perbezaan kg berbanding 0kg.


Semoga artikel ini memberikan gambaran yang jelas kepada semua pemilik kenderaan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bayaran cukai jalan mereka. Ingat untuk sentiasa menyemak tarikah luput roadtax anda dan mengikut undang-undang dengan membaharui roadtax tepat pada masanya.


Beli Roadtax Lori Di Sini

Dapatkan roadtax lori anda dalam masa 3 minit dengan agen Takaful yang berdaftar di sini: KIMB 

Dengan 3 pilihan syarikat insurans yang dipercayai, KIMB telah membantu melindungi lebih 3214 ahli.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan