Penyerahan dan Pengiktirafan KIMB Sebagai Koperasi Yang Ke-76 Terbaik di Malaysia Pada 2020

Assalamu’alaikum wrm,

5 Januari 2022, Rabu – Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah mengadakan Kunjungan hormat ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah diketuai oleh Pengerusi Dr Hj Ahmad Zainuddin Abdullah serta Setiausaha Hj Tuan Yaacob Tuan Sof, Pengurus Besar En Muhammad Asyraf Ishak dan barisan pengurusan KIMB.

Antara agenda kunjungan tersebut adalah membincangkan halatuju koperasi bersama pihak SKM Cawangan Wilayah. Antara lainnya juga diadakan majlis serahan Sijil Pengiktirafan Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2020 (Tempat ke-76) yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah SKM Wilayah Persekutuan iaitu En Nasarudin Manan diiringi oleh Cik Anis Syahira Azhar selaku Penolong Pengarah Nasional F bagi KIMB.

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Islah Malaysia Berhad yang diketuai oleh Pengerusi Lembaganya Dr Hj Ahmad Zainuddin Bin Abdullah atas pencapaian yang memberangsangkan ini.

PENGIKTIRAFAN ini adalah khusus bagi anggota², Wakil Kawasan, pelanggan² dan tenaga kerja KIMB yang sentiasa bermuamalah dan taawun dengan KIMB tanpa lelah dan jemu sekian tahun menjadi tulang belakang hingga KIMB memperoleh pencapaian berharga ini.

KIMB juga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan² strategiknya terutamanya Pertubuhan IKRAM Malaysia yang senantiasa tanpa jemu berkolaborasi dengan KIMB. Moga hubungan dan jalinan ini berkekalan hendaknya.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan