KIMB ISYTIHAR DIVIDEN!

Assalamualaikum wrt wbh

Berita gembira – Alhamdulilah

Anggota KIMB yang dirahmati Allah,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pembayaran dividen Koperasi Islah Malaysia sebanyak 2.25% atas Modal Syer dan 1.5% atas Modal Yuran bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Permohonan ini dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan KIMB ke-28 yang bersidang pada 26 Jun 2021 yang lalu telah bersetuju untuk mencadangkan pengagihan dividen kepada anggota sebanyak 2.25% ke atas Modal Syer dan 1.5% ke atas Modal Yuran.

Pembayaran untuk kedua-dua dividen akan dibuat ke dalam akaun anggota yang akan dikemaskini dalam masa 30 hari dari tarikh hari ini (tertakluk kepada tiada masalah teknikal). Penyata Tahunan yang baru beserta dividen juga akan di email kepada anggota dalam tempoh tersebut. Penyata Tahunan juga boleh di akses dari portal anggota selepas dikemaskini nanti.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan pejabat KIMB di 011-20785903 atau 03-41086339/14.

Wassalam
Dr Ahmad Zainuddin Abdullah
Pengerusi KIMB 2021-2022
1 November 2021

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan