- Logistik: Pilih agensi dengan Block Seats (kontrak tetap) bukan tiket ad-hoc
- Bimbingan: Mutawif senior bukan sekadar tour guide, tapi pakar fiqh ibadah
- Hotel: Elakkan terpedaya istilah “setaraf “; pastikan nama hotel ada dalam kontrak
- Kredibiliti: Pilih agensi umrah dengan pengalaman mengurus jemaah lebih dari 20 tahun
- Status Lesen: Wajib semak lesen LKU (MOTAC) & PJH (Tabung Haji) untuk elak scammer
Sejak saya mula membawa jemaah pada tahun 1990, suasana di Makkah sudah jauh berubah. Dulu, kita mungkin tidur di bangunan tinggi atas bukit, sekarang semuanya hotel mewah. Namun, satu benda yang makin parah adalah isu penipuan.
Hati saya luluh bila baca laporan Astro Awani tentang jemaah yang menangis di KLIA sebab visa tak siap atau hotel tak wujud. Malah, portal Bernama mendedahkan kerugian jutaan ringgit akibat agensi “pintu belakang”. Sebagai orang lama dalam industri, saya terpanggil nak kongsi cara pilih travel agensi umrah supaya anda tak jadi mangsa seterusnya.
1. Jangan Pilih Agensi “Broker” Tiket
Banyak agensi hari ini hanya “menjual” impian. Mereka tunggu jemaah bayar, baru mereka cari tiket. Kalau harga minyak naik atau tiket habis, jemaah yang terkandas.

Di Rayhar Travels, kami tak buat kerja macam tu. Kami ada kontrak Block Seats dengan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines. Maksudnya, 10,000 tempat duduk setahun itu memang sudah “milik” kami. Anda bayar untuk tempat yang sudah ada, bukan untuk janji kosong.
2. Isu Hotel: “Setaraf” Adalah Perangkap
Hati-hati dengan ayat “Hotel A atau setaraf”. Selalunya, “setaraf” itu akhirnya 800 meter lebih jauh dari masjid.
Pengalaman saya mengurus jemaah di Rayhar, kami kunci kontrak terus dengan hotel seperti Safwah Orchid (betul-betul depan pintu masjid) atau Olayan Ajyad.

Kami pastikan jaraknya realistik untuk warga emas. Satu lagi, tanya pasal makan. Jemaah Malaysia cepat jatuh sakit kalau makan “katering jalanan”. Kami sediakan bufet antarabangsa yang kualitinya dijaga, bukan sekadar nasi bungkus warga asing.
3. Mutawif Bukan Sekadar “Pemandu Pelancong”
Banyak agensi ambil budak belajar di sana sebagai mutawif tangkap muat. Bila jemaah tanya soalan teknikal pasal istihadhah atau larangan ihram yang rumit, mereka gagap.

Sejak 1990, prinsip Rayhar tetap sama: Mutawif adalah guru. Kami pastikan setiap kumpulan dibimbing oleh mutawif senior yang faham bahasa orang awam. Kami tak nak anda balik dengan rasa ragu-ragu sama ada umrah anda sah atau kena bayar dam.
4. Semakan Wajib (Langkah Keselamatan)
Jangan percaya mulut manis ejen. Buat carian secara online seperti :

- MOTAC: Semak lesen LKU (Lesen Khas Umrah).
- Tabung Haji: Adakah agensi itu pemegang lesen PJH (Pengelola Jemaah Haji)
- BUMITRA & PJH : Adakah agensi umrah itu ada PJH dan salah satu anggota BUMITRA
Ini bukan sekadar sijil hiasan, ini adalah bukti kami dipantau ketat oleh kerajaan.
Pesanan Ikhlas Saya
Memilih agensi umrah ini sebenarnya adalah tentang mencari ketenangan. Anda nak pergi beribadah, bukan nak pergi bergaduh dengan ejen di Tanah Suci.
Kenapa saya masih setia dengan https://rayhar.com/ selepas 30 tahun lebih? Kerana kami ada integriti. Kami tawarkan tarikh sepanjang tahun, bukan musim cuti sekolah saja, kerana operasi kami stabil setiap minggu. Dari urusan visa sehinggalah ke sajian bufet di hotel, semuanya kami kawal sendiri.
Jangan perjudikan simpanan berpuluh tahun anda. Datanglah ke cawangan Rayhar terdekat. Kita sembang secara terbuka, lihat senarai hotel, dan semak jadual penerbangan kami. Saya dan rakan-rakan mutawif lain sedia menyantuni anda.
Pilihan di tangan anda, tapi biarlah pilihan itu membawa ke Mabrur.
Penulis adalah Mutawif Senior di Rayhar Travels, berpengalaman mengiringi jemaah sejak zaman bas lama hingga keretapi laju Haramain.


