SEMPENA HARI KOPERASI ANTARABANGSA
Hari ini kita menyambut Hari Koperasi Antarabangsa. Alhamdulilah KIMB yang tertubuh sejak 20 tahun lebih yang lalu terus berada di persada gerakan koperasi negara mengorak langkah cuba menempatkan KIMB sebagai salah satu koperasi terbaik di dalam negara. Asas yang dipegang kuat oleh KIMB ialah perintah Allah agar bertaawun seperti termaktub di dalam surah Al-Maidah ayat ke-2. Ianya menjadi titik rujukan yang meluruskan niat ahli-ahli KIMB bersama-sama dalam susah dan senang membangunkan KIMB sehingga berdiri seperti adanya pada hari ini.
Apa yang tertulis dalam al-Maidah adalah satu mesej penting yg disampaikan kepada seluruh manusia dengan kerjasama kita boleh mendatangkan kebaikan yg membawa kpd kebahagian, ketenangan dan keamanan. Banyak kebaikan yg boleh diperolehi apabila kita taawun. Dalam konteks koperasi yg menekankan aspek ekonomi, dgn taawun kita berharap dapat meningkatkan taraf sosioekonomi antara ahli dan juga masyarakat setempat. Ini adalah kerana antara pra-syarat kejayaan koperasi ialah adanya sifat ingin membantu orang lain.
Bagi kita org Islam, berkoperasi ini ialah juga satu bentuk ibadah yg disuruh oleh agama seperti ayat 2 al-maidah tersebut. Jadi keterlibatan kita serta pengorbanan masa dan tenaga serta wang ringgit sebenarnya tidak sia-sia bahkan akan diganjari dengan pahala yg berpejanngan atas kebaikan yg kita tinggalkan dan usahakan untuk kebaikan ahli2 lain.
Sekiranya kita ibaratkan koperasi seperti seekor burung maka dua sayap utama koperasi ialah dari aspek bisnes yg boleh menjana keuntungan dan sayap keduanya ialah menjaga kebajikan ahli. Koperasi mestilah berupaya merancang secara strategik bisnes2 yg berdaya maju berasaskan kepada keperluan ahli dan keperluan semasa. Kemahiran tersendiri hendaklah dibentuk dan difokuskan agar ianya memberi gambaran kepakaran yg dimiliki oleh koperasi. Sudah sampai masanya koperasi tidak bergerak secara silo/bersendirian sebaliknya mengembeling seluruh koperasi yang ada yang berkait dengan bidang pengkhususan yang sama. Ini adalah perkongsian pintar yang dinanti2 dan bakal menyuntik semangat dan wawasan baru dlm gerakan koperasi negara
Walaubagaimanapun, asas yg terpenting dlm koperasi ialah tadbir urus yang baik – good governance. Gerakan koperasi bukan suatu yang baru sebaliknya koperasi terikat dengan undang-undang kecil dan aturan-aturan yg memastikan perjalanan koperasi sentiasa di atas landasan yang betul dan dipantau oleh SKM – Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dengan tadbir urus yang baik koperasi mampu berdepan dengan berbagai-bagai cabaran yang ada. Haluan seterusnya ialah terus membangunkan KIMB dengan semangat dan nafas baru sempena sambutan hari koperasi antarabangsa.
Selamat menyambut Hari Koperasi Antarabangsa.
Dr Ahmad Zainuddin Abdullah
Pengerusi
Ahli Lembaga Pengarah KIMB 2018-2019
7 Julai 2018