Jika anda memiliki motorsikal dan insurans motorsikal anda hampir tamat atau telah tamat tempoh, anda tidak perlu lagi pening memikirkan bila nak pergi ke pejabat pos untuk renew insurans motor anda. Tahu tak, anda boleh renew insuran motor online?
Kini, anda boleh renew insurans motor online dalam masa 5 minit sahaja dan boleh siap dalam 24 jam! Nak tahu macam mana? Kami kongsikan dalam artikel ini 6 cara renew insurans motorsikal online.
Cara Renew Insuran Motor Online
Tidak perlu lagi ke pejabat pos atau mana-mana cawangan lain untuk renew insuran motor anda. Di bawah ini kami kongsikan langkah yang mudah untuk anda renew insurans motor online sahaja.
Layari Portal Insuran
Masukkan Maklumat Motorsikal
Pilih Jenis Insuran
Pilih Jumlah Perlindungan Insuran
Semak Detail Polisi Insuran
Buat Pembayaran Secara Online
Dapatkan Polisi Insuran
Renew Insuran Motor Online Dengan Murah
Nak tahu cara renew insuran motor online dengan harga yang murah dan pantas? Sini kami tunjukkan anda caranya dan dijamin selamat kerana anda berurusan dengan ejen insurans yang sah dan berdaftar.
Layari KIMB
Klik pautan ini untuk terus ke laman web KIMB
KIMB adalah ejen insurans dan takaful yang sah dan bedaftar. Pilih jenis insurans motorsikal yang anda mahukan daripada tiga jenis syarikat takaful, Etiqa, Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia yang menawarkan pelan perlindungan yang menarik dan dipercayai.
Masukkan Detail
Masukkan detail yang diperlukan seperti no kad pengenalan, nama penuh, no pendaftaran kenderaan, poskod dan alamat email.
Pilih Jenis Takaful
Pilih jenis takaful yang anda inginkan mengikut keperluan anda. Terdapat tiga jenis takaful yang anda boleh pilih iaitu jenis komprehensif, jenis kedua iaitu pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan jenis terakhir adalah pihak ketiga.
BACA SINI: Segalanya Tentang Takaful Insurans Kereta di Malaysia -Edisi 2023
Pilih Jumlah Perlindungan
Jumlah perlindungan takaful merujuk kepada jumlah wang atau manfaat yang akan dibayar oleh syarikat takaful kepada pemegang polisi atau warisnya apabila berlaku kerugian atau kejadian yang dilindungi oleh polisi takaful tersebut.
Anda boleh jumlah perlindungan yang anda mahukan setelah membuat perbandingan. Jumlah perlindungan ini juga akan menentukan berapa bayaran bulanan yang anda akan buat.
Semak Detail Polisi Takaful
Semak semula details polisi takaful anda. Pastikan semua details tepat dan lengkap seperti yang anda mahukan.
Buat Pembayaran
Buat pembayaran secara dalam talian dan anda akan dapatkan salinan polisi anda dalam masa 5 minit sahaja melalui email.
Harga Insuran Motorsikal Mengikut CC
Harga insurans motorsikal juga adalah berbeza mengikut cc enjin motorsikal anda. Semakin besar cc motorsikal, semakin tinggi harga insurans yang dikenakan. Berikut kami kongsikan anggaran harga insurans motorsikal mengikut cc:
<150 cc
Harga insurans untuk motorsikal dengan <150 cc bermula pada RM2 sahaja.
151 cc – 200 cc
Untuk motosikal dengan 151cc keatas, harga insurans adalah bermula pada RM30.
201 cc – 250 cc
Motorsikal dengan 201 cc, harga insurans bermula pada RM30
251 cc – 500 cc
Motorsikal dengan 251cc keatas, harga insurans adalah pada RM100
501 cc – 800 cc
Dengan 501cc keatas, harga insurans bermula pada RM250
>800 cc
Anda yang mempunyai motorsikal dengan 800cc keatas, harga insurans adalah bermula pada RM350
Selain daripada cc motorsikal, terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi harga insurans motorsikal antaranya ialah usia motorsikal, jenis pelan perlindungan dan nilai pasaran motorsikal.
Sebelum memilih perlindungan untuk motorsikal anda, pastikan anda telah membuat perbandingan terlebih dahulu.