3 Jenis Dan Kelebihan Takaful Travel Insurance di Malaysia (2024)

Pertumbuhan industri pelancongan dan minat rakyat Malaysia yang semakin gemar melancong ke luar negara menyebabkan keperluan kepada takaful travel insurance menjadi semakin penting.

Musibah datang tanpa diduga. Maka, apabila ingin merancang perjalanan ke luar negara, anda juga perlu memikirkan keselaman dan keperluan untuk perlindungan sepanjang perjalanan.

Disebabkan itu, artikel ini hadir bagi memberikan pencerahan kepada anda mengenai jenis dan kelebihan takaful travel insurans di Malaysia.


Apa Itu Takaful Travel Insurans

Takaful Travel Insurance adalah pelan perlindungan komprehensif yang melindungi individu dan keluarga ketika bercuti di dalam atau luar negara.


Kelebihan Takaful Travel Insurans

Takaful travel insurans tidak sekadar memberikan ketenangan fikiran semasa melancong, tetapi juga menyediakan perlindungan menyeluruh terhadap pelbagai risiko yang mungkin berlaku sepanjang perjalanan.

Kelebihan-kelebihan ini melibatkan aspek kecemasan kesihatan, pembatalan perjalanan, kehilangan bagasi, dan banyak lagi. Di bawah ini kami senaraikan antara kelebihan am yang anda dapat apabila anda mengambil takaful travel insurans.


Perlindungan Kemalangan Diri


Kejadian yang tidak diduga seperti kemalangan juga mungkin akan menimpa anda ketika bercuti. Disebabkan itu, anda perlu melindungi diri dengan takaful travel insurans.


Perlindungan Kos Rawatan Perubatan


Kos rawatan ketika bercuti adalah tinggi terutamanya jika anda bercuti ke luar negara. Kadang kala boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Sekiranya anda tidak mengambil pelan perlindungan, anda mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi daripada bajet anda.


Perlindungan Bencana Alam


Bencana alam yang tidak diduga seperti gempa bumi, tsunami dan ribut taufan mungkin akan menyebabkan penerbangan anda terpaksa di tunda untuk beberapa ketika dan ini akan menelan kos yang tinggi. 

Dengan travel insurans, anda boleh membuat tuntutan untuk kos-kos ini dengan syarikat insurans anda.


Kepentingan Ambil Insurans Travel

Mungkin anda terfikir, berbaloi atau tidak untuk ambil insurans travel, bukan? Di sini kami senaraikan musibah yang mungkin terjadi bila anda melancong dan pentingnya memiliki insurans travel:

  • Jika berlaku kemalangan, anda akan mendapat perlindungan yang lengkap
  • Perbelanjaan perubatan anda ketika bercuti akan dibayar semula
  • Sekiranya terjadi kelewatan atau pembatalan penerbangan, anda layak mendapat pampasan
  • Bantuan kecemasan 24/7 untuk anda ketika bercuti


Jenis Takaful Travel di Malaysia

Di malaysia sangat mudah untuk anda mendapatkan takaful tavel insurans. Tetapi, pastikan untuk anda memilih takaful travel daripada syarikat insurans yang dipercayai bagi memudahkan anda membuat sebarang tuntutan kelak.


1. Etiqa

Etiqa menawarkan perlindungan patuh syariah untuk percutian dalam dan luar negara. Perlindungannya meliputi kelewatan perjalanan, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan dan kesulitan perjalanan.

Insurans perjalanan 360 Etiqa seringkali menjadi pilihan disebabkan perkhidmatan tuntutannya yang sangat cepat dan efektif.


2. Takaful Malaysia

Takaful Malaysia dengan plan serendah RM3.60 sehari menyediakan pampasan yang meliputi kecederaan, keilatan atau kematian mengejut atau tidak dijangka, perbelanjaan perubatan, kesulitan perjalanan dan perkhidmatan bantuan perjalanan ke luar negara.


3. Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas menawarkan tiga pakej perlindungan termasuklah untuk pelan Umrah dan Haji. pakej takaful tavel insurans yang ditawarkan meliputi kemalangan, perbelanjaan perubatan, kehilangan barangan peribadi dan lain-lain.


Baca Juga: 3 Senarai Insurans Ke Luar Negara Yang Patuh Syariah di Malaysia


Beli Takaful Travel Insurans Di Sini

Elakkan kerugian akibat perkara tidak diduga seperti kecurian dan kemalangan ketika anda bercuti di luar negara.

Dapatkan perlindungan untuk diri sendiri dan harta benda anda dengan pelan serendah RM18. Beli Takaful Travel Insurans anda di sini:

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Anda juga boleh isi borang di bawah untuk dapatkan sebutharga dengan lebih pantas

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan