Senarai Insurans Ke Luar Negara Yang Patuh Syariah Di Malaysia

Anda selalu travel ke luar negara? Samada tujuan untuk bekerja atau sekadar melancong, anda perlu lindungi diri dengan insurans ketika berada di negara orang supaya anda bersedia dengan musibah yang mungkin datang dengan tiba-tiba.

Kebanyakkan orang hanya tahu tentang insurans perubatan dan kereta. Tetapi, masih ramai lagi yang belum tahu tentang insurans ke luar negara. Di Malaysia, ada beberapa syarikat yang menawarkan pelan perlindungan ke luar negara khas untuk anda yang selalu melancong.

Dalam artikel ini, kami kongsikan mengenai insurans ketika anda melancong khas untuk anda yang suka melancong ke pelbagai negara.


Apa itu insurans ke luar negara?

Insurans ke luar negara ini menawarkan pelan perlindungan kepada diri dan harta benda sekiranya terjadi sesuatu kepada anda.

Insurans ini meliputi kemalangan diri, kehilangan passport, bagasi terlewat atau hilang, penghantaran jenazah pulang dan lain-lain.

Namun perlu diketahui, jenis insurans ini terhad kepada tempoh perjalanan anda sahaja.


Kelebihan insurans ke luar negara

Di bawah ini kami kongsikan kelebihan sekiranya anda mengambil insurans ketika melancong.


1. Perlindungan kos rawatan di luar negara


Jika anda mengalami masalah kesihatan ketika bercuti, insurans ke luar negara ini akan menanggung kos rawatan anda.

Kos rawatan di luar negara sangat mahal. Jadi, jika anda memiliki pelan perlindungan, anda boleh mengelakkan dari menanggung kos rawatan yang mahal.


2. Perlindungan kemalangan di luar negara

Kemalangan di negara orang adalah perkara yang tidak diduga dan paling kita mahu elak. Proses yang rumit ditambah dengan kos yang tinggi akan membebankan.

Tiada siapa yang mahu berlakunya kemalangan apabila melancong ke luar negara. Namun, sekiranya terjadi, anda sudah pun mempunyai pelan perlindungan untuk menanggung kos-kos yang tinggi.


3. Perlindungan bencana alam di luar negara


Apabila anda melancong ke luar negara, anda juga terdedah kepada risiko bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya.

Insidens luar jangka ini lag faktor yang perlu anda pertimbangkan supaya anda tak perlu menanggung kos yang tinggi sekiranya perjalanan penerbangan anda ditangguhkan.


Apa yang tak dilindungi insurans

Walaupun anda ambil pelan perlindungan ketika melancong, anda kena faham ada beberapa keadaan yang membuatkan insurans tidak melindungi anda.

Di bawah ini kami kongsikan dua keadaan dan sebab insurans tidak lindungi.

Penyakit kritikal sedia ada

Sekiranya anda ada sejarah dan sedang menghidap penyakit seperti sakit jantung, kanser, buah pinggang dan sebagainya, syarikat insurans tidak akan memberikan perlindungan.

Kos rawatan adalah sangat tinggi jika anda mendapatkan rawatan di luar negara akibat penyakit yang anda sedang hidapi.


Aktiviti lasak & agresif

Aktiviti lasak seperti scuba diving, water rafting, bungee jumping dan sebagainya mempunyai risiko yang sangat tinggi. Kebanyakkan syarikat insurans tidak memberikan perlindungan sekiranya anda melakukan aktiviti lasak ketika bercuti di negara orang.

Ada juga syarikat insurans yang menawarkan pelan perlindungan untuk aktiviti diatas namun dalam harga yang sangat tinggi.


Insurans ke luar negara yang patuh syariah

Berikut kami kongsikan syarikat yang menawarkan insurans yang patuh syariah.


1. Takaful ikhlas

Dengan RM20.75, Takaful Ikhlas melindungi anda daripada biaya perubatan, masalah ketika perjalanan, kerosakan dan kehilangan bagasi.


2. Etiqa

Etiqa menawarkan perlindungan patuh syariah yang meliputi kelewatan perjalanan, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan dan kesulitan perjalanan dengan harga bermula RM18.75.


3. Takaful malaysia

Serendah RM18, anda sudah boleh mendapatkan perlindungan takaful ke luar negara yang memberi perlindungan termasuk kemalangan peribadi, kecemasan perubatan, kerosakan atau kehilangan bagasi dan kelewatan penerbangan.


Baca Juga: Segala Anda Perlu Tahu Tentang Maksud Takaful & Konsepnya (2024)


Beli insurans ke luar negara di sini

Anda mahu melancong ke luar negara?

Lindungi anda dan orang tersayang dengan pelan perlindungan patuh syariah. Buat perbandingan harga dan pilih perlindungan mengikut bajet anda dalam masa 3 minit sahaja.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan