Anda mungkin tertanya-tanya kenapa harga insurans kereta anda dan kawan anda berbeza walaupun mempunyai cc kereta yang sama. Dalam artikel ini, kami kongsikan faktor yang mempengaruhi harga insurans kereta dan senarai harga insuran kereta mengikut cc.
Faktor Harga Insuran Kereta Anda
Ada banyak faktor yang mempengaruhi harga insurans kereta anda. Di bawah ini kami kongsikan tiga faktor penting yang perlu anda tahu.
Model Kereta
Kenapa model kereta ini mempengaruhi harga insurans anda?
Hal ini disebabkan ada sesetengah model kereta selalu dicuri dan menjadi pilihan pencuri. Antara model kereta yang terdapat dalam senarai Kenderaan Berisiko Tinggi untuk Dicuri adalah Toyota Hilux, Perodua Myvi, Proton Iswara dan Proton Waja.
Jika anda memiliki kenderaan dengan model-model di atas, anda berkemungkinan perlu mendapatkan insurans premium yang sedikit mahal.
Baca Juga: 2 Jenis Insurans Kereta & Cara Pilih Insurans Kereta (Edisi 2024)
Nilai Semasa Kereta
Kos insurans anda juga ditentukan oleh nilai semasa kereta anda. Namun, kebiasaannya nilai semasa kereta ini akan turun dari tahun ke tahun yang akan menyebabkan kos insurans anda juga semakin rendah.
Sebagai contoh, kereta BMW 2 Series Gran Coupe lebih tinggi nilai insuransnya berbanding Honda Jazz.
Harga Insuran Semasa Kereta
Harga insurans kereta berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk jenis kereta, lokasi, rekod pemandu, jenis insurans, dan syarikat insurans yang anda pilih.
Di bawah ini kami senaraikan harga insurans kereta mengikut cc kenderaan untuk rujukan anda.
Senarai Harga Insuran Kereta Mengikut CC
Ini adalah senarai harga insurans kereta mengikut cc untuk beberapa jenis jenama kereta.
<1,000 cc
CC Kereta | Perodua Bezza | Perodua Myvi |
1.0 | RM390 | RM370 |
1,001 cc – 1,200 cc
CC Kereta | Harga Insurans |
1.1 – 1.2 | RM393 |
1,201 cc – 1,400 cc
CC Kereta | Perodua Bezza | Perodua Myvi |
1.2 – 1.4 | RM450 | RM450 |
1,401 cc – 1,600 cc
CC Kereta | Proton Saga | Honda Civic |
1.4 – 1.6 | RM698 | RM1150 |
1,601 cc – 1,800 cc
CC Kereta | Honda Civic |
1.6 – 1.8 | RM1340 |
1,801 cc – 2,000 cc
CC Kereta | Honda Accord |
1.8 – 2.0 | RM2,250 |
2,001 cc – 2,500 cc
CC Kereta | Honda Accord |
2.1 – 2.5 | RM2,270 |
2,501 cc – 3,000 cc
CC Kereta | Harga Insurans |
2.5 – 3.0 | RM2,946 |
3,001 cc – 5,000 cc
CC Kereta | Harga Insurans |
3.0 – 5.0 | RM3,075 |
Semak Senarai Harga Insuran Kereta Mengikut CC
Ingin jimat masa dan tenaga serta mahu membuat pilihan insurans yang tepat?
Dapatkan harga insurans kereta mengikut cc di mana-mana jua anda berada.
Klik gambar di bawah.