2 Jenis Insurans Kereta & Cara Pilih Insurans Kereta (Edisi 2024)

Jika anda sedang baca artikel ini, maka berkemungkinan besar anda sedang berfikir dan nak tahu lebih lanjut tentang jenis insurans kereta, bukan? Tidak dinafikan, semakin hari semakin banyak pilihan dan pelan perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan takaful.

Artikel ini akan bantu anda untuk dapatkan lebih maklumat mengenai jenis insurans kereta juga bantu anda memilih insurans kereta yang terbaik.


Apa Itu Insurans Kereta?

Setiap pemilik kenderaan kena faham dan jelas mengenai insurans kereta. Insurans kereta adalah satu bentuk perlindungan untuk setiap pemilik kenderaan yang berdaftar. Perlindungan ini boleh didapati daripada syarikat insurans atau takaful.


Kepentingan Insurans Kereta

Semua pemilik kenderaan wajib memiliki roadtax di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Untuk menghidupkan roadtax, anda terlebih dahulu perlu memperbaharui insurans kenderaan anda.

Insurans kereta juga penting untuk melindungi pemilik kenderaan dan pihak ketiga daripada tuntutan dan kos kemalangan, kecederaan, kerosakan dan kematian.


Jenis Insurans Kereta di Malaysia

Sebelum anda memperbaharui dan memilih insurans untuk kenderaan anda, anda perlu tahu yang polisi insurans ada tiga jenis iaitu:

  1. Polisi Insurans Komprehensif (1st party)
  2. Polisi Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
  3. Polisi Insurans Pihak Ketiga (3rd party)



Insurans Kereta 1st Party

Insurans komprehensif atau dikenali juga sebagai insurans kereta 1st party menawarkan perlindungan yang menyeluruh kepada pemegang polisi.

Pelan perlindungan ini melindungi anda dan pihak ketiga dalam pelbagai situasi seperti kerosakan, kebakaran, kecurian, kemalangan, kecederaan dan kematian.

Insurans ini wajib diambil oleh kereta baru dan kereta yang berusia sehingga 10 tahun.


Insurans Kereta 3rd Party

Pelan perlindungan paling asas dalam jenis insurans kereta di Malaysia adalah insurans pihak ketiga atau juga dikenali sebagai 3rd party. Pelan ini hanya melindungi pihak ketiga iaitu pihak yang dilanggar.

Jika anda memilih pelan ini, anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan untuk pihak anda daripada syarikat insurans. Kesemua kerosakan yang terjadi pada kenderaan anda hendaklah ditanggung sendiri.


Perbezaan Insurans Kereta 1st Party & 3rd Party

Perbezaan Insurans KeretaInsurans 1st PartyInsurans 3rd Party
Kerosakan, kebakaran, kecurian kenderaan sendiri/x
Kerosakan kenderaan, kecederaan & kematian pihak ketiga//
Bantuan khidmat tunda/x (berbayar)
Bantuan kecemasan (jump start, ganti tayar, bateri dll)/x
Tuntutan cermin kereta/x
Perlindungan tambahan (add on)/Terhad
HargaMahalMurah
Kelayakan membeliPemilik kenderaan 10 tahun kebawah
yang membeli dengan pinjaman bank
Pemilik kenderaan 15 tahun keatas


Cara Pilih Insurans Kereta Yang Betul

Anda perlu mengambil kira empat faktor penting sebelum memilih insurans untuk kereta anda. Berikut kami kongsikan faktor-faktor yang perlu diteliti terlebih dahulu.


Buat Perbandingan Harga Insurans

Perkara pertama anda perlu lakukan sebelum memilih insurans kereta anda adalah membuat perbandingan. Buat perbandingan 2-3 syarikat insurans yang mempunyai reputasi baik seperti Etiqa, Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas.

Cara yang mudah untuk anda buat perbandingan adalah dengan melayari laman web KIMB. Anda hanya perlu bandingkan pelan perlindungan dari syarikat mana yang anda mahu ketika melayari laman web tersebut.


Semak Nilai Semasa Kereta

Semak juga nilai semasa kereta anda. Kereta yang masih tinggi nilai semasa akan menyebabkan harga insurans anda juga menjadi sedikit tinggi.


Tetapkan Jumlah Perlindungan Kereta

Tetapkan jumlah perlindungan kereta yang anda mahukan mengikut bajet anda setelah membuat perbandingan pelan yang ingin anda ambil.


Pilih Takaful Kereta Berbanding Insurans

Setiap umat Islam dituntut untuk mencari dan memilih yang halal. Memandangkan kini terdapat pilihan selain insurans, maka wajib untuk kita memilih pilihan yang patuh syariah. Pilihlah takaful kereta kerana ia patuh syariah dan bebas daripada unsur riba, gharar dan judi.


Baca Juga: 9 Senarai Harga Insuran Kereta Mengikut CC (Edisi 2024)


Kesimpulannya, insurans adalah sebagai pelindung kita ketika di jalan raya. Jadi, sangat penting untuk anda memilih jenis insurans kereta yang terbaik dan polisi insurans yang sesuai dengan keperluan anda. Selamat memilih pelan perlindungan terbaik untuk anda dan selamat memandu di jalan raya!


Renew Insurans Kereta Online Di Sini

Renew insurans kereta anda secara online dalam masa 3 minit sahaja di sini.

Tidak perlu tunggu lama, anda akan dapat salinan polisi insurans anda melalui email selepas 5 minit anda membuat pembayaran.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan