Takaful perlindungan rumah

Takaful Houseowners & Householders adalah skim komprehensif untuk melindungi rumah, harta benda dan aset anda daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut :

  • Kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah
  • Letupan
  • Pesawat dan peralatan udara dan/atau artikel yang dijatuhkan
  • Impak di mana-mana bangunan oleh kenderaan jalan raya, haiwan yang tidak bertuan atau bukan di bawah jagaan peserta atau keluarganya
  • Pecahan atau limpahan tangki air, radas atau paip domestik
  • Kecurian yang disebabkan oleh kemasukan ke dalam bangunan secara ganas dan paksaan
  • Puting beliung, taufan, angin ribut
  • Gempa bumi, letupan gunung berapi
  • Banjir

Skop perlindungan untuk skim ini adalah:

Perlindungan
Bangunan Kediaman

Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana peril seperti yang dinyatakan di atas kepada bangunan rumah kediaman peribadi termasuk kandang, garaj dan di luar bangunan yang digunakan hanya untuk sambungan yang berkaitan dengannya dan di atas premis yang sama seperti yang dinyatakan di dalam sijil.

Perlindungan
Isi Rumah

  1. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana peril seperti yang dinyatakan di atas kepada isi kandungan rumah termasuk barangan di dalam rumah dan pelbagai barangan peribadi yang merupakan harta benda peserta atau anggota keluarga yang biasanya tinggal bersama peserta

  2. Harta dipindahkan untuk sementara

  3. Kerosakan cermin selain daripada cermin tangan yang disebabkan oleh pecah masuk rumah kediaman peribadi, sehingga RM500

  4. Pampasan untuk kematian peserta yang disebabkan oleh kecurian atau kebakaran sehingga RM10,000

  5. Harta Benda Pembantu Rumah

Perlindungan
Tambahan

  1. Kerugian sewa sehingga 10% daripada jumlah perlindungan.

  2. Liabiliti kepada orang awam yang disebabkan oleh kemalangan akibat kerosakan di bangunan rumah kediaman peribadi atau lekapan dan kelengkapan tuan rumah atau pada dinding, pintu pagar, pagar dan pokok di sekeliling dan yang berkaitan dengannya.

Semua pemilik rumah layak memohon skim ini dan akan menerima ganjaran 15% Pulangan Tunai* sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan.

Kini, anda hanya memerlukan langkah terakhir untuk menikmati ketenangan fikiran dengan melindungi aset kediaman anda. Dengan hanya RM71 sebulan (RM848 setahun), anda mampu mendapatkan perlindungan sehingga RM 800,000. 

Maklumat
Takaful

Borang
Sebut harga

Anda hanya perlu isi borang ini, kami beri sebut harga