Takaful Kenderaan & Cukai Jalan

Mulakan perjalanan kenderaan anda dengan sesuatu yang patuh syariah!

Anda sibuk dengan urusan harian?

Tidak sedar takaful kereta dan cukai jalan anda tamat tempoh?

Pening kepala bagaimana hendak menguruskannnya, sementelah dengan segala kelam-kabut kehidupan.

Jangan bimbang…. kami sentiasa di sisi anda, sedia berkhidmat! Kami menawarkan perkhidmatan memperbaharui insuran kenderaan (takaful) dan cukai jalan secara ‘Perkhidmatan Terus Ke muka Pintu Anda – Door-Step Services!

Segala-galanya dihujung jari!

Di era digital ini segalanya amat mudah, tidak perlu ke kedai insuran, tidak perlu ke pejabat pos, tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan tidak perlu beratur menunggu giliran anda dan tidak perlu keluarkan keringat langsung!

Kadar
caj

Bayaran dan caj perkhidmatan sangat berbaloi! Cuma ada 4 jenis bayaran sahaja yang dikenakan:

  1. Takaful Kenderaan: Bayaran memperbaharui takaful kenderaan – seperti yang dicaj oleh syarikat takaful.
  2. Bayaran Cukai Jalan: Bayaran memperbaharui cukai jalan seperti yang dicaj oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
  3. Caj MYEG: Bayaran perkhidmatan penghantaran (Lembah Klang RM 9.28, Luar Lembah Klang RM 11.40, Sabah & Sarawak RM 13.52)
  4. Caj Perkhidmatan KIMB: Bayaran untuk caj perkhidmatan cuma RM 10.00 (motorsikal) dan RM 15.00 (kereta)

Penghantaran cukai jalan akan dibuat terus ke pintu anda!

Langkah Mudah

Mudah sahaja, ikutilah langkah-langkah mudah ini:
  • Hubungi KIMB – sebaik-baiknya paling lewat seminggu sebelum tarikh luput takaful/insurans dan cukai jalan kenderaan anda (atau lebih awal, cukai jalan boleh diperbaharui dua bulan lebih awal daripada tarikh luputnya).

  • Untuk pembaharuan kali pertama melalui KIMB, kami hanya perlukan sama ada Salinan Geran ATAU Nota Lindung (Covernote) Takaful/insurans kenderaan anda. Bahagian yang penting adalah info pemilik (Nama, No K/P) dan info kenderaan (No Enjin, No Chassis, Model, etc) Boleh whatsapp ke 01120816036 atau emel ke [email protected]

  • Untuk kenderaan yang pernah diperbaharui menggunakan khidmat kami,anda hanya perlu berikan kami no pendaftaran kenderaan anda

  • Isikan borang di sebelah jika tarikh luput kenderaan anda lambat lagi, dan anda berminat mendapatkan REMINDER PERCUMA!

Hubungi KIMB

Anda boleh hubungi kami melalui salah satu medium berikut, terpulang kepada keselesaan anda:

Medium 1: Telefon
Anda cuma perlu telefon KIMB di 03-4108 6314 atau whatsapp 011-2081 6036

Medium 2: E-Mel
E-melkan sahaja permohonan anda kepada kami di [email protected]

Mohon agar anda sertakan nombor telefon anda agar mudah untuk dihubungi kembali.
Kami akan membalas e-mel / menghubungi anda dalam tempoh 24 jam.

Klik link di bawah untuk muat turun senarai bengkel panel (ETIQA dan Takaful Ikhlas) dan borang tuntutan.