Polisi Pembayaran
- Dibawah ini adalah polisi pembayaran yang perlu dipatuhi oleh semua ahli Koperasi Islah Malaysia Berhad (selepas ini disebut KIMB) yang menjadi Pengguna kepada sistem diatas talian portal anggota (https://portal.kimb.koop.net.my) bagi tujuan seperti berikut :
- Bayaran caruman bulanan/tahunan
- Bayaran pinjaman bulanan
- Bayaran takaful
- Bayaran penjualan produk/barang
- Lain-Lain Pembayaran
- Polisi pembayaran ini juga perlu dipatuhi oleh semua pelanggan KIMB yang BUKAN anggota KIMB ketika membuat pembayaran kepada KIMB bagi aktivi-aktiviti dibawah:
- Bayaran takaful
- Bayaran penjualan produk/barang
- Lain-Lain Pembayaran
- Pembayaran kepada pihak KIMB boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut :
- Sistem Pembayaran Online FPX
- Sistem Pembayaran melalui Kad Debit/Kredit
- Cek melalui Cheque Deposit Machine
- Bank in melalui Cash Deposit Machine atau Kaunter Bank
- Pindahan wang diatas talian melalui perbankan internet (account transfer)
- Pembayaran melalui kaedah i adalah sangat digalakkan.
- Bagi pembayaran melalui kaedah i, pengguna akan dibawa ke halaman login perbankan internet bank masing-masing untuk membuat pembayaran secara diatas talian. Pembayaran akan dibuat kepada pihak eGHL yang telah dilantik oleh pihak KIMB untuk menguruskan sebarang urusan transaksi pembayaran menggunakan kaedah FPX dan Debit/Kredit Kad
- Bagi pembayaran melalui kaedah i, transaksi akan dikemaskini di dalam sistem ICMS pada waktu yang sama manakala untuk portal anggota akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh dan masa pembayaran dibuat. Resit dan Invois akan dapat dicetak sejurus selepas pembayaran berjaya dilakukan melalui kaedah FPX atau Kad Debit/Kredit.
- Bagi pembayaran melalui kaedah iii, iv & v, segala resit atau bukti pembayaran bagi pembayaran hendaklah dimaklumkan melalui salah satu keadah dibawah:
- Isi dan lampirkan resit bayaran dalam borang atas talian PUSAT MAKLUMAN PEMBAYARAN CARUMAN ANGGOTA KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD (terhad kepada bayaran caruman sahaja)
- Makluman melalui applikasi whatsapp ke nombor KIMB (untuk semua jenis pembayaran)
- Makluman melalui email KIMB (untuk semua jenis pembayaran)
- Makluman melalui nombor faksimli KIMB (untuk semua jenis pembayaran)
- Bagi pembayaran melalui kaedah iii, iv & v, sila pastikan semua butiran yang dimasukkan sewaktu Kemaskini Pembayaran adalah tepat. Butiran atau bukti pembayaran yang tidak jelas akan ditolak dan pengguna akan dimaklumkan berkenaan penolakan tersebut melalui email/whatsapp/telefon jika dapat dikesan.
- Tempoh proses pembayaran melalui kaedah i & ii adalah pada waktu yang sama pembayaran dibuat manakala tempoh proses pembayaran melalui kaedah iii, iv & v adalah diantara tiga (3) hingga tujuh (7) hari bekerja.
- Caj pemprosesan bagi pembayaran melalui kaedah i adalah sebanyak RM2.65 yang akan dikenakan oleh pihak eGHL manakala pembayaran melalui kaedah ii, akan dikenakan caj oleh pihak eGHL mengikut kadar caj berikut:
- Kad Debit: 1% dari jumlah pembayaran
- Kad Kredit: 2% dari jumlah pembayaran
- manakala tiada sebarang caj pemprosesan di pihak KIMB bagi pembayaran melalui kaedah iii, iv & v. Caj-caj dikenakan oleh pihak eGHL melalui keadah I & ii akan ditambah kedalam jumlah keseluruhan jumlah pembayaran perlu dilakukan sebelum tuan mengesahkan pembayaran.
- Polisi Pembayaran ini hendaklah dibaca bersama dengan Polisi Pemulangan Bayaran.
- Pihak KIMB berhak meminda sebarang perkara di dalam dokumen ini tanpa perlu memberi sebarang notis kepada Pengguna.