Mengambil pengajaran dari surah Al-Maidah (Ayat 2),

“Dan Hendaklah Kamu Bertolong-tolongan Dalam Perkara Kebajikan Dan Taqwa”

KIMB terus beroperasi dengan misi besarnya untuk melaksanakan syariah melalui gerakan koperasi.

Oleh itu, penyertaan anda ke dalam KIMB, bukanlah sekadar untuk menjadi anggota kepada Koperasi, namun penyertaan anda adalah untuk membina dan memperkukuh institusi ekonomi ini, supaya dapat kita membina kekuatan ekonomi secara bersama.

syarat
keanggotaan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Berfikiran waras
  • Tidak pernah terbabit dengan kesalahan yang didaftarkan di bawah “Registration of Criminals and Undesirable Persons Act, 1969″.

2 langkah mudah untuk memohon keanggotaan KIMB:

#1

Lengkapkan borang permohonan keanggotaan 

#2

Buat bayaran permohonan keanggotaan sebanyak RM 530 (RM 500 Modal Syer, RM 30 Yuran keanggotaan) boleh dibayar secara pindahan antara bank atau deposit ke akaun berikut atas nama KOPERASI ISLAH MALAYSIA BERHAD :

  • Maybank : 5622 0961 8419
  • Bank Islam : 1211 30100 24343

(Bukti bayaran boleh dihantar melalui emel atau atau whatsapp ke 011-2078 5903)

Selepas diluluskan, KIMB akan menghantar surat pengesahan kelulusan beserta kad keanggotaan dan buku undang-undang kecil koperasi ke alamat yang diberi di dalam borang permohonan keanggotaan.

Faedah Menjadi Anggota

Faedah anggota sentiasa ditingkatkan mengikut keperluan berdasarkan kemampuan KIMB.
Berikut adalah manfaat semasa kepada anggota.

  • PERKONGSIAN KEUNTUNGAN  tahunan dalam bentuk dividen.
  • MENABUNG dalam simpanan Modal Yuran untuk keperluan masa depan, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa (dengan had maksima 70% daripada baki semasa).
  • Melibatkan diri dalam AKTIVITI PELABURAN Koperasi.
  • Peluang BERKONGSI MODAL untuk aktiviti-aktiviti perniagaan anggota.
  • Kelayakan menerima sumbangan kebajikan dan sumbangan untuk program-program di bawah TABUNG FISABILILLAH dan KEBAJIKAN.
  • Kelayakan menerima sumbangan pendidikan di atas kecemerlangan anak anggota dalam peperiksaan PT3, SPM, dan Hafazan Al-Quran 30 Juzuk melalui TABUNG PENDIDIKAN.
  • Kelayakan menerima sumbangan Khairat Kematian di atas kematian Anggota, Pasangan, Anak, Ibu atau ayah Anggota melalui TABUNG KHAIRAT KEMATIAN.
  • Mendapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh KIMB.
  • Memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh institusi-institusi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA, IKM dan institusi-institusi berkaitan.