FAQ TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Ya. Skim ini ditawarkan oleh Takaful Ikhlas kepada peserta di bawah Koperasi Islah Malaysia Berhad dan ditadbir oleh Medi Express.
Konsep takaful ialah saling membantu apabila ada peserta yang memerlukannya. Konsep yang sama juga digunapakai untuk produk takaful perubatan dan kesihatan ini. Sebagai peserta pelan takaful ini, anda perlu membuat caruman penyertaan (tabarru’) yang akan digunakan untuk membantu peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjelaskan kos rawatan perubatan, seperti kos hospital, pembedahan dan kos-kos yang dilindungi seperti yang dinyatakan dalam polisi ini.
Peserta mestilah berumur antara 18 hingga 75 tahun. Anak yang menjadi dependant mestilah tidak berumur kurang dari 15 hari dan tidak lebih 18 tahun atau 23 tahun (sekiranya masih menuntut dan belum bekerja)
Peserta dilindungi 24 jam dan di seluruh dunia
Untuk perjalanan ke luar negara, perlindungan diberi dalam tempoh 90 hari
Ya, anda perlu membawa kad anda ke hospital panel. Namun, jika anda tidak membawa kad ketika ke hospital, anda hanya perlu berikan nama dan no kad pengenalan peserta kepada pihak hospital. Hanya beritahu anda dilindungi di bawah Medi Express
Bagi peserta baru, secara umum :
- Tempoh kelayakan – 30 hari tempoh menunggu kecuali kemasukan wad akibat kemalangan
- Penyakit Spesifik – Tidak dilindungi dalam jangkamasa 120 hari. Ianya dilindungi selepas tempoh berkenaan.
Bagi peserta yang telah menyertai pelan ini pada 2013, akan terus mendapat perlindungan penuh serta merta
Terdapat beberapa pengecualian am dalam polisi skim ini iaitu skim takaful ini tidak melindungi :
- Pembedahan atau rawatan kosmetik
- Penjagaan atau rawatan percubaan
- Perkhidmatan penjagaan jururawat persendirian
- Rawatan berkaitan kehamilan
- Terapi alternatif seperti akupuntur, refleksologi, dll
- Gangguan psikotik, mental atau saraf
- Rawatan pergigian
- Rawatan/pembedahan ke atas keganjilan konjanintal atau kecacatan asal semasa lahir
- Penyakit atau ketidakupayaan bayi baru lahir yang dialami sebelum atau semasa kelahiran atau dalam tempoh 15 hari selepasnya
- Pemeriksaan fizikal rutin
- Mana-mana rawatan pembetulan termasuk cermin mata atau lensa lekap
- Penggunaan atau pengambilalihan semua peralatan luaran (anggota palsu, alat bantuan pendengaran, dll)
- Kecederaan akibat rusuhan awam, keganasan dan pencerobohan yang melibatkan pelanggaran undang-undang sivil atau syariah.
- Peperangan dan darurat
- Keadaan yang berkaitan penyakit berjangkit seksual, AIDS, HIV dan yang berkaitan dengannya
- Perkhidmatan bukan perubatan yang disediakan oleh hospital (TV, radio, suratkhabar, dll)
- Terapi fizikal pesakit luar atau fisioterapi
* Butiran lengkap perlu dirujuk dengan polisi
Tidak.Walau bagaimanapun, pengendali takaful akan membayar amaun lebihan yang tidak dilindungi oleh pengendali takaful yang lain.
Kami menggalakkan para peserta untuk mendapatkan rawatan di hospital panel untuk mengelakkan sebarang kelewatan bayaran semula atau tuntutan tidak diterima oleh pihak takaful.
Jika anda pergi ke hospital panel, anda hanya perlu memberi kad perubatan anda kepada pihak hospital, dan pihak Syarikat Talaful Malaysia Berhad akan mengeluarkan surat jaminan (guarantee letter) jika anda layak dilindungi.
Jika anda pergi ke bukan hospital panel yang tersenarai, anda perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan menghantar borang tuntutan ke Syarikat Takaful Malaysia Berhad selewat-lewatnya 30 hari selepas menerima rawatan. Anda perlu isi borang tuntutan, sertakan resit asal perubatan, laporan pengamal perubatan dan laporan lengkap dari hospital berkenaan kos rawatan dan kos-kos lain yang terlibat. Untuk kemudahan anda, kami menyarankan anda untuk menelefon talian 24 jam Syarikat Takaful Malaysia Berhad 1800 888 788 terlebih dahulu untuk pengesahan perlindungan sebelum ke hospital.