Koperasi Untuk Semua

Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) adalah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf sosio ekonomi anggota khususnya dan umat Islam amnya, bertepatan dengan tuntutan “bekerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa”.

Koperasi Islah Malaysia Berhad telah diluluskan pendaftarannya pada 21 Januari 1994 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran Koop Nasional No 15.

Kalam Petunjuk

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”

[Al-Ma'idah: 2]

VISI
kimb

Menjadi Koperasi Nasional Yang Unggul Berteraskan Syariah

misi
kimb

  1. Menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan di kalangan anggota.

  2. Melibatkan koperasi dalam aktiviti perniagaan dan pelaburan yang menguntungkan.

  3. Menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui pengurusan yang amanah dan kompeten.