Memandu dengan roadtax yang tamat tempoh adalah satu kesalahan jalanraya. Sekiranya anda ditahan dan roadtax anda tamat tempoh, anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang.
Jika anda ada motor yang roadtax sudah tamat tempoh dan nak renew roadtax online dengan mudah tanpa beratur panjang, maka ini artikel yang patut anda baca.
Dalam artikel ini, kami kongsikan cara untuk jimat masa dan tenaga anda untuk buat semakan roadtax dan renew roadtax online hanya di rumah.
Semakan Roadtax Online di Smartphone
Nak semak roadtax online mudah sahaja. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah ini:
- Layari laman web JPJ : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen
- Masukkan maklumat yang diminta
- Klik semak
- Hasil carian akan menunjukkan tarikh mula dan tamat roadtax anda
Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
Lesen Memandu Digital (e-LMM)
Nak semak lesen memandu online sangat mudah sekarang. Berikut merupakan langkah untuk anda semak lesen memandu digital anda:
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
- Muat turun aplikasi MyJPJ
- Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
- Buat semakan lesen memandu digital.
Cukai Jalan Digital (e-LKM)
- Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
- Muat turun aplikasi MyJPJ
- Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
- Buat semakan cukai jalan secara online.
Baca Juga: Harga Terkini Roadtax Motor Mengkut CC (Edisi 2024)
Cara Renew Roadtax Online
1. Aplikasi MyJPJ
Anda boleh menggunakan aplikasi MySikap untuk renew roadtax online. Caranya mudah sahaja:
- Log masuk ke aplikasi MySikap
- Pilih renew roadtax
- Masukkan no pendaftaran kenderaan
- Buat bayaran online
- Ambil roadtax anda di kaunter JPJ atau UTC
2. MyEG
Anda juga boleh renew roadtax di laman web MyEG.
- Masuk ke laman web MyEG
- Masukkan maklumat yang diperlukan
- Buat pembayaran
- Dapatkan roadtax anda pada ejen MyEG yang berdekatan
Roadtax ini penting bagi memastikan anda memandu kenderaan secara sah di atas jalan raya. Pastikan roadtax anda belum tamat tempoh dan kalau dah tamat, boleh renew roadtax anda menggunakan cara yang kami berikan dalam artikel ini.
Cara Beli Insurans Kereta Online
Anda kena tahu, roadtax anda tidak boleh di renew sekiranya anda tidak membeli insurans terlebih dahulu. Nak beli insurans online sekarang sangat mudah. Ikut sahaja langkah di bawah ini: