Harga Terkini Roadtax Motor Mengkut CC (Edisi 2024)

Setiap tahun harga roadtax motor anda mungkin mengalami perubahan di atas beberapa faktor seperti kapasiti enjin motorsikal anda. Semakin besar cc, semakin tinggi juga bayaran yang perlu anda tanggung.

Sekiranya anda sudah memiliki motorsikal, anda mesti tahu dan bersedia untuk harga roadtax anda setiap perlu renew. Tetapi, sekiranya anda baru berkira-kira mahu memiliki motorsikal, anda perlu tahu terlebih dahulu berapa harga roadtax yang anda perlu bayar supaya anda lebih bersedia.

Dalam artikel ini, kami kongsikan harga terkini roadtax motor mengikut cc dan cara untuk anda renew roadtax motor anda dengan mudah.


Apa itu roadtax motor


Roadtax adalah cukai yang dikenakan kepada pemilik kenderaan di Malaysia sebelum kenderaan tersebut boleh dipandu di atas jalan raya. Kebiasaannya roadtax perlu diperbaharui setiap tahun dan jumlah bayaran bergantung kepada jenis dan kapasiti enjin motorsikal.

Roadtax ini adalah dokumen penting yang wajib dibawa oleh pemilik motorsikal setiap kali menunggang motorsikal. Menjadi satu kesalahan sekiranya anda gagal menunjukkan roadtax motorsikal anda apabila diminta oleh pihak berkuasa.


Dokumen untuk renew roadtax motor


Ada tiga dokumen penting yang diperlukan untuk anda renew roadtax anda. Berikut adalah senarai dokumen tersebut:

  • Insurans kereta yang sudah diperbaharui
  • Kad pengenalan asal
  • No plat kenderaan


Baca Juga: Semakan Roadtax Online & Renew Roadtax Online (Versi 2024)


Cara renew roadtax motor

Ada beberapa cara untuk renew roadtax anda. Di bawah ini kami kongsikan caranya untuk memudahkan anda:


1. Online

Untuk memudahkan anda dan menjimatkan masa, anda boleh renew roadtax secara online di sini laman sesawang KIMB.


2. Pejabat Pos

Anda boleh renew roadtax di mana-mana cawangan pejabat pos yang berdekatan dengan anda


3. Jpj


Ada beberapa jenis kenderaan yang perlu renew roadtax di cawangan JPJ antaranya:

  1. Kenderaan yang digunakan untuk e-hailing
  2. Kenderaan yang tidak perbaharui roadtax melebihi 3 tahun
  3. Pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia


Harga renew roadtax motor mengikut cc di malaysia

CC MotorHarga SemenanjungHarga Sabah Sarawak
< 150 CCRM2RM2
151 CC – 200 CCRM30RM9
201 CC – 250 CCRM50RM12
251 CC – 500 CCRM180RM30
501 CC – 800 CCRM250RM40
> 800 CCRM350RM42


Punca tak boleh renew roadtax motor

Ada 3 punca kenapa anda tidak boleh renew roadtax:

  1. Anda mempunyai tunggakan saman. Anda perlu buat pembayaran tunggakan saman dahulu sebelum renew roadtax.
  2. Roadtax kereta anda sudah tamat melebihi 3 tahun. Kenderaan anda perlu melalui pemeriksaan di Puspakom terlebih dahulu.
  3. Anda belum menghidupkan insurans. Sebelum renew roadtax, anda perlu renew insurans terlebih dahulu.


Bayaran roadtax bukan semata untuk memastikan anda boleh bergerak secara sah di atas jalan raya tetapi ia juga sebagai dana untuk penyelenggaraan jalan raya yang anda gunakan setiap hari.

Jangan lupa untuk check dan renew roadtax anda bila tiba masanya supaya anda tak kena saman dengan pihak berkuasa. Sekarang semua benda dah boleh buat online. Layari sahaja laman sesawang KIMB. Tekan gambar di bawah.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Jika anda inginkan dapatkan perkhidmatan dan sebutharga terus dihantar ke WhatsApp Anda dengan segera.

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan