Dengan perkembangan teknologi yang pesat dan semakin hari semakin canggih, anda kini tidak lagi perlu beratur panjang semata untuk membeli takaful motor anda.
Takaful motor sangat penting untuk melindungi kenderaan anda daripada musibah yang tidak dijangka. Dalam artikel ini, kami jelaskan kepentingan takaful dan kami bantu anda untuk membeli takaful online dengan langkah yang mudah.
![](https://kimb.com.my/wp-content/uploads/2023/12/takaful-motor-02-1.jpg)
Apa Itu Takaful Motor?
Takaful motor adalah pelan perlindungan untuk melindungi kenderaan anda daripada kerugian akibat kerosakan, kemalangan, kecurian yang terjadi.
Takaful motor berlandaskan syariah, di mana anda dan beberapa peserta takaful yang lain akan menyumbang dalam satu tabung am yang sama. Sekiranya tidak ada tuntutan yang dibuat, ada masih berhak untuk mendapatkan lebihan wang tabung (jika ada).
Syarikat Takaful Motor di Malaysia
Berikut kami sertakan senarai syarikat takaful motor di Malaysia yang ada di KIMB dan paling dipercayai oleh rakyat Malaysia.
1. Etiqa
![](https://kimb.com.my/wp-content/uploads/2023/12/takaful-motor-04.jpg)
- Tidak ada caj tambahan dikenakan keatas pemandu lain yang memandu (selain pemilik kenderaan) dan anda tidak perlu sertakan nama pemandu lain ketika ambil pelan takaful
- Perlindungan komprehensif termasuk:
- Kehilangan atau kerosakan kenderaan anda disebabkan kecurian, terbakar atau kemalangan
- Kerosakan kenderaan orang ketiga
- Kematian atau kecederaan orang ketiga
2. Takaful Ikhlas
![](https://kimb.com.my/wp-content/uploads/2023/12/takaful-motor-03.jpg)
- Tidak ada caj tambahan dikenakan keatas pemandu lain yang memandu (selain pemilik kenderaan) dan anda tidak perlu sertakan nama pemandu lain ketika ambil pelan takaful
- Perlindungan komprehensif termasuk:
- Kehilangan atau kerosakan kenderaan anda disebabkan kecurian, terbakar atau kemalangan
- Kerosakan kenderaan orang ketiga
- Kematian atau kecederaan orang ketiga
3. Takaful Malaysia
![](https://kimb.com.my/wp-content/uploads/2023/12/takaful-motor-05.jpg)
- Tidak ada caj tambahan dikenakan keatas pemandu lain yang memandu (selain pemilik kenderaan) dan anda tidak perlu sertakan nama pemandu lain ketika ambil pelan takaful
- 6 bulan jaminan baikpulih dengan tukang baikpulih daripada panel Takaful Malaysia
- Perlindungan kemalangan persendirian sebanyak RM15,000 untuk anda dan pasangan
- Perlindungan komprehensif termasuk:
- Kehilangan atau kerosakan kenderaan anda disebabkan kecurian, terbakar atau kemalangan
- Kerosakan kenderaan orang ketiga
- Kematian atau kecederaan orang ketiga
Faedah Beli Takaful Motor
1. Perlindungan Kemalangan
Sekiranya berlaku kemalangan, syarikat takaful akan menanggung kos membaiki kenderaan anda
![](https://kimb.com.my/wp-content/uploads/2023/12/takaful-motor-06.jpg)
2. Perlindungan Kecurian & Kebakaran
Syarikat takful akan menanggung kos kehilangan dan kerosakan sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kebakaran atau dicuri.
3. Perlindungan Pihak Ketiga
Jika berlaku kemalangan dengan pihak ketiga, kesemua kos yang berkaitan dengan pihak ketiga tersebut termasuk kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda akan ditanggung oleh syarikat takaful pilihan anda.
4. Bantuan Towing Motor
Percuma bantuan (road assistance) sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di tengah jalan. Bantuan ini termasuk towing, tukar tayar, penghantaran bateri dan jumpstart.
![](https://kimb.com.my/wp-content/uploads/2023/12/takaful-motor-01.jpg)
5. Bantuan Kerosakan 24 jam
Kami menyediakan perkhidmatan bantuan 24 jam sehari untuk anda yang menghadapi masalah dengan kenderaan anda secara tiba-tiba.
Baca Juga: Cara Claim Insurans Motor Siap Dalam Masa 60 Hari (Terkini)
Beza Takaful Motor dan Insurans Motor
Takaful motor adalah pelan perlindungan yang patut syariah dan bebas daripada unsur riba, gharar dan judi. Akad yang digunakan adalah tabarrur iaitu akad derma. Setiap peserta takaful bertanggungjawab untuk melindungi satu sama lain dengan cara menderma ke dalam satu tabung yang sama.
Insurans motor pula adalah pelan perlindungan konvensional yang tidak patuh syariah kerana terdapat unsur riba, gharar dan judi. Akad yang digunakan adalah akad jual beli dan risiko dipindahkan kepada syarikat insurans.
Sebagai pemilik kenderaan, anda semestinya mahu melindungi aset dan juga diri anda. Perlindungan seperti takaful kenderaan ini sangat penting untuk masa depan. Dengan adanya kemudahan untuk membeli takaful kenderaan secara dalam talian, anda kini tidak perlu bersusah payah lagi untuk keluar semata untuk membeli insurans.
Cara Beli Takaful Motor Online di Malaysia
Beli takaful online sepantas 5 minit di KIMB Takaful
Bandingkan tiga jenis takaful mengikut bajet dan faedah yang anda mahukan.
Dengan pengalaman lebih 3 tahun, KIMB telah melindungi lebih 3214 pelanggan dengan perlindungan yang patuh syariah.