Menunaikan haji dan umrah adalah impian setiap umat Islam. Tetapai masih ramai yang tidak tahu mengenai insurans umrah. Bagi negara-negara yang jauh seperti Malaysia, pastinya terdapat sedikit kerisauan tentang keselamatan dan perlindungan diri ketika berada di negara orang, bukan?
Perjalanan ke luar negara terutamanya untuk mengerjakan haji dan umrah mungkin berisiko walaupun telah dirancang dengan teliti. Disebabkan itu, anda perlu mengambil perlindungan yang bersesuaian bagi memberikan ketenangan fikiran ketika mengerjakan umrah.
Dalam artikel ini, kami kongsikan info dan cara beli insurans umrah secara online. Ini juga merupakan satu langkah persediaan untuk anda sebelum berangkat ke tanah suci.
Apa itu insurans umrah?
Insurans umrah menyediakan perlindungan untuk anda sekiranya berlaku musibah seperti kecederaan, hilang upaya, kematian, perbelanjaan perubatan, kesulitan perjalanan ketika mengerjakan umrah.
Pelan perlindungan ini termasuk untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak. Tempoh perlindungan pula bergantung kepada tempoh perjalanan anda mengerjakan umrah.
Syarat mohon insurans umrah
Seperti juga pelan perlindungan yang lain, untuk memohon pelan perlindungan ketika menunaikan umrah juga anda perlu memastikan diri anda memenuhi syarat yang ditetapkan. Di bawah ini kami kongsikan syarat permohonan. Jangan lupa check syarat ini untuk memastikan kelayakan anda.
- Had umur yang layak memohon adalah dari umur 18 tahun hingga 80 tahun
- Tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan rawatan perubatan berganda bagi kos perubatan yang sama
- Sumbangan Takaful yang telah matang mesti dibayar sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa
- Semua fakta harta benda yang anda tahu dan patut tahu hendaklah didedahkan supaya Sijil Takaful anda dianggap sah
Apa hukum beli insurans perjalanan umrah?
Sekiranya anda mengambil insurans konvensional untuk perjalanan anda, hukumnya adalah haram kerana ia mengandungi unsur yang tidak patuh syariah.
Sebaliknya, sebagai alternatif, anda boleh mengambil pelan perlindungan takaful umrah yang patuh syariah dan bebas daripada unsur riba, judi dan ketidakpastian.
Baca Juga: 3 Senarai Insurans Ke Luar Negara Yang Patuh Syariah di Malaysia
Faedah insurans umrah
Bila anda sudah pasti dan jelas dengani pelan perlindungan yang ingin anda miliki ketika menunaikan umrah, anda juga perlu tahu apa faedah yang ditawarkan. Ini antara 3 faedah yang ada perlu tahu.
Perlindungan kematian dan hilang upaya
Perlindungan kematian dan hilang upaya kekal sehingga RM20,000 untuk dewasa dan RM5,000 untuk kanak-kanak. Pelan yang ditawarkan adalah mengikut jumlah hari perjalanan umrah anda dan terbahagi kepada pakej individu dan keluarga.
Perlindungan kos rawatan perubatan
Nikmati perlindungan kos rawatan sehingga RM10,000 bagi perjalanan melebihi 22 hari. Dan untuk kanak-kanak,perlindungan perubatannya adalah kurang 50% daripada perlindungan untuk orang dewasa.
Perlindungan kecemasan
Untuk perlindungan kecemasan seperti penghantaran jenazah dan sebagainya, setiap satu musibah akan diberi pampasan sehingga RM3,000
Cara beli insurans umrah
Anda bercadang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat? Jangan lupa dapatkan pelan perlindungan bagi memastikan perjalanan anda dilindungi. Berikut kami kongsikan cara yang mudah untuk pilih dan beli pelan perlindungan terbaik untuk menunaikan umrah: