Dalam dunia digital sekarang ini, hidup makin senang dengan kemudahan-kemudahan yang ada. sekarang sangat mudah untuk anda renew insurans malah terdapat banyak sumber untuk anda dapatkan info tentang cara renew insurans kereta dengan mudah. Kalau anda nak renew insurans kereta tanpa pening kepala, boleh buat semua itu online sahaja, 24/7!
Artikel ni khas untuk bagi tips terkini macam mana nak renew insurans kereta dengan mudah dan pantas melalui internet. Tak kisah pukul berapa, di mana pun anda berada, renew insurans boleh buat pada bila-bila masa.
Jadi, jangan risau lagi pasal nak renew insurans kereta, sebab dengan panduan mudah ini, anda boleh buat sendiri tanpa perlu pening kepala!
Info Untuk Renew Insurans Kereta Online
Nak renew insurans sekarang sangat mudah, semuanya di hujung jari. Di bawah ini, kami kongsikan info yang diperlukan untuk renew insurans kereta secara online.
Nombor Pendaftaran Kereta
Poskod Lokasi Kereta
Nombor Kad Pengenalan
Jenis Insurans & Takaful Kereta
Buat Pembayaran Online
Dapatkan Polisi Insurans & Takaful
Cara Renew Insurans Kereta Online
Sebelum anda memilih insurans, adalah lebih baik untuk anda membandingkan harga dan faedah yang anda akan dapat daripada insurans yang anda pilih.
Bagi memudahkan proses perbandingan, anda boleh renew insurans secara online di website KIMB. Berikut kami kongsikan cara yang mudah untuk renew insurans secara online:
1. Buka KIMB
Buka laman web KIMB untuk melakukan perbandingan dan memilih pelan insurans anda.
Klik link ini: KIMB
2. Pilih Jenis Insurans Kereta
Pilih jenis insurans yang anda mahukan
3. Jumlah Insurans kereta
Pilih jenis insurans yang anda mahukan samada insurans komprehensif yang memberikan perlindungan menyeluruh, insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian ataupun insurans pihak ketiga.
4. Dapatkan Harga Insurans
Dapatkan harga penuh insurans yang telah anda pilih secara online dalam masa tidak sampai 5 minit.
5. Buat Pembayaran Online
Pastikan semua info anda lengkap dan betul. Kemudian anda boleh melakukan pembayaran secara online dan anda akan dapat salinan polisi anda dalam masa 5 minit sahaja dalam bentuk email.
Kriteria Memilih Insurans Kereta
1. Jenis Perlindungan
Jenis perlindungan insurans kereta ada tiga iaitu perlindungan komprehensif, perlindungan third-party, perlindungan third-party, fire and theft. Sebelum anda memilih pelan perlindungan untuk kereta anda, pastikan anda tahu perbezaan pelan ini terlebih dahulu.
Selain pelan perlindungan asas ini, anda juga boleh tambah perlindungan tambahan yang lain seperti perlindungan cermin kereta, perlindungan bencana alam dan sebagainya.
Ambil masa untuk buat perbandingan dan pilih pelan perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga tersayang. Perbandingan ini boleh dibuat di laman web rasmi syarikat insurans atau lebih mudah boleh dibuat di laman web KIMB.
2. Harga Insurans
Setelah memastikan jenis perlindungan yang anda mahukan, anda perlu membuat perbandingan harga bagi mengelakkan anda mendapatkan harga insurans yang mahal tetapi dengan pelan perlindungan yang biasa.
3. Patuh Syariah
Pastikan insurans anda bebas dari unsur gharar, riba dan judi. Bagi mengelakkan unsur tidak patuh syariah, anda boleh mendapatkan pelan perlindungan takaful dengan syarikat insurans yang anda pilih.
Jadi, kesimpulannya, renew insurans kereta sekarang ini tak perlu nak pening-pening. Bukan main senang, buat semua online sahaja, 24 jam. Jadi, anda bolehlah renew insurans kereta dengan santai di rumah mahupun di pejabat tanpa perlu risau, selagi ada internet, semua boleh settle!
Baca Sini: 11 Perbezaan Takaful Dan Insurans Anda Perlu Tahu (Terkini)
Renew Insurans Kereta Anda Di Sini
Nak lagi mudah renew insurans kereta anda?
Renew sepantas 3 minit mengikut bajet dan keperluan anda hanya di KIMB.
Bandingkan pelan perlindungan yang anda mahukan dari 3 syarikat insurans yang berbeza, semuanya hanya di hujung jari.