Cara Claim Insuran Motor Siap Dalam Masa 60 Hari (Terkini)

Pemilik motorsikal wajib ambil tahu cara claim insuran motor. Ada dua jenis kemalangan yang biasa terjadi kepada penunggang motor samada kemalangan sendiri mahupun kemalangan dengan kereta.

Yang pasti, penunggang motor mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dalam kemalangan samada menjadi penyebab kemalangan mahupun menjadi mangsa kemalangan di jalan raya.

Penunggang motosikal antara penyumbang kemalangan tertinggi sepanjang tempoh tiga tahun sejak 2021 sehingga Ogos 2023 dengan merekodkan sebanyak 9,854 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim


Jadi, penting bagi setiap pemilik motorsikal untuk memahami proses dan cara claim insurans motorsikal. Proses ini amat penting bagi memastikan hak anda dilindungi dan insurans yang anda miliki dapat memberikan perlindungan kepada anda dengan baik.

Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah demi langkah untuk anda claim insurans anda dengan betul dalam masa 90 hari sahaja.


Cara Claim Insuran Motor Kemalangan Sendiri

Pernah atau tidak anda terfikir, jika anda mengalami kemalangan sendiri, adakah anda boleh claim insurans juga?

Jawapannya, boleh. Anda boleh membuat tuntutan Kerosakan Sendiri sekiranya anda menepati syarat-syarat berikut: 

  1. Anda mengambil pelan perlindungan komprehensif
  2. Polisi insurans anda belum tamat tempoh
  3. Tuntutan yang dikemukakan adalah termasuk dalam polisi perlindungan


Dapatkan Maklumat Pihak Terlibat

Apabila anda terlibat dalam kemalangan, perkara utama yang anda perlu dapatkan adalah maklumat pihak yang terlibat. 

Anda boleh mencatat maklumat tersebut atau ambil gambar bagi maklumat-maklumat yang penting. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan apabila kemalangan.


Maklumat Asas

Berikut adalah maklumat asas yang anda perlu ambil daripada pihak terlibat bagi memudahkan proses laporan dan tuntutan insurans dibuat:

  • Nama pemandu
  • Kad pengenalan
  • Jenis atau jenama kenderaan
  • Alamat pemandu
  • Nombor telefon pemandu


Gambar & Video Dashcam/CCTV

Ambil gambar kerosakan kenderaan anda dan juga pihak yang terlibat. Lebih bagus sekiranya terdapat video dashcam daripada kereta anda atau CCTV kawasan berdekatan.


Hubungi Panel Insuran

Tuntutan insurans perlu dibuat dalam tempoh 7 hari selepas kejadian kemalangan berlaku. Hubungi syarikat insurans anda untuk membuat laporan kemalangan.


Buat Laporan Polis Dalam 24 Jam

Anda perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan bagi mengelakkan anda didenda atau tuntutan insurans anda ditolak.


Bawa Motorsikal ke Bengkel Panel Insuran

Setelah anda mendapatkan maklumat dan bukti kemalangan, anda boleh membawa motorsikal anda ke bengkel panel syarikat insurans anda.

Syarikat insurans akan melantik adjuster untuk menilai jumlah kerosakan motorsikal anda untuk tujuan claim insurans.


Dokumen Claim Insurans Motorsikal

Setelah selesai urusan anda membuat laporan polis dan bawa motosikal ke bengkel, anda perlu melakukan permohonan untuk claim insurans motorsikal anda. Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk claim insurans motorsikal:


Kad Pengenalan

Polisi Insuran

Lesen Memandu

Laporan Polis 

Geran Motorsikal

Gambar / Lakaran Kemalangan


Cara Claim Insuran Kemalangan Motorsikal Dengan Kereta

Perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila terlibat dengan kemalangan adalah mengambil maklumat asas seperti:


Nombor Plat Kenderaan

Nama Pihak Terlibat

Nombor IC Pihak Terlibat

Masa & Lokasi Kemalangan


Buat Laporan Polis Dalam 24 Jam

Selepas mendapatkan maklumat-maklumat yang penting, anda perlu ke balai polis untuk membuat laporang. Laporan polis hendaklah dibuat dalam masa 24 jam selepas kemalangan berlaku.


Hubungi Panel Insuran

Selepas selesai membuat laporan polis, anda perlu menghubungi pihak insurans untuk memaklumkan tentang kejadian kemalangan tersebut. Laporan bertulis juga diperlukan oleh pihak insurans berserta dokumen-dokumen seperti salinan asal laporan polis, polisi insurans, salinan kad pengenalan dan salinan lesen memandu.


Bawa Kenderaan Ke Bengkel Panel Insuran

Bawa kenderaan anda ke bengkel panel insurans yang sah. Senarai bengkel panel boleh didapati daripada syarikat insurans anda. Hal ini bagi mengelakkan anda terpaksa menanggung kos sendiri sekiranya anda menghantar kenderaan anda ke tempat lain selain bengkel panel.


Baca Juga: 6 Cara Renew Insuran Motorsikal Online 5 Minit (Siap 24 Jam)


Beli Takaful Online Untuk Kereta & Motorsikal

Dapatkan takaful untuk kereta dan motorsikal anda dalam masa 3 minit.

Bezakan sendiri pelan perlindungan anda dengan 3 jenis syarikat insurans hanya di hujung jari.

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Lebih Mudah!

Anda juga boleh isi borang di bawah untuk dapatkan sebutharga dengan lebih pantas

Tinggalkan
komen

Leave a Reply

Artikel
berkaitan